PEMBODEK!– Lelaki Mencurigakan Ditahan Penduduk Kampung Konoha Batu 2
![]() |
Disiarkan oleh Yulianti Saini
Sandakan, 13 Mei 2025 – Seorang lelaki yang sering berkeliaran secara mencurigakan di Kampung atas bukit Batu 2 akhirnya ditahan penduduk kampung selepas mengejar seorang remaja wanita berusia 14 tahun pada hari Jumaat lalu.
Kejadian berlaku sejurus selepas solat Jumaat apabila mangsa, yang baru keluar dari surau, diekori dan kemudian dikejar oleh suspek. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut dipercayai telah mengugut mangsa dengan objek tajam sambil meminta wang.
Mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan serta menggigil.
“Dia balik rumah dalam keadaan hilang ingatan, tangan bergegar,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa.
Penduduk kampung yang sudah lama memerhati pergerakan suspek bertindak segera. Lelaki tersebut memang dikenali ramai kerana sering datang ke kampung dan cuba mendekati orang ramai dengan pelbagai helah, dipercayai untuk tujuan mendapatkan wang.
Malam selepas kejadian, penduduk berjaya menahan suspek secara aman dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa dan penjaga juga diarah ke balai polis untuk membuat laporan.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti sama ada suspek terlibat dalam kes lain yang serupa di kawasan sekitar.
Orang ramai diminta terus berwaspada dan segera melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan, lebih-lebih lagi yang melibatkan keselamatan kanak-kanak dan remaja.
-- Sandakan Viral Kini
—

Ulasan
Catat Ulasan