Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2025

Keprihatinan Ketua Bahagian: Amirshah Yaakub Agih Sumbangan Air Mineral di DUN Sibuga

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah SANDAKAN -Ketua Bahagian DUN Sungai Sibuga N.52, Datuk Amirshah Yaakub, hari ini menyumbangkan sebanyak 1,000 karton air mineral kepada penduduk yang terkesan akibat masalah bekalan air di kawasan DUN Sungai Sibuga. “Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Dengan keprihatinan beliau, kita dapat menyalurkan sebanyak 1,000 karton air mineral kepada penduduk di DUN Sungai Sibuga. Seawal jam 8.30 pagi tadi, kita telah menggerakkan ahli jawatankuasa bahagian PGRS Sungai Sibuga untuk mengambil bekalan di kilang K2 sebelum diagihkan ke kawasan yang terjejas. Antara lokasi yang menerima sumbangan ialah PPR Batu Putih, Kampung Tinusa 2, serta Apartment Sejati Batu 7. Rata-rata penduduk di sini terkesan akibat kekangan bekalan air sejak 2 hingga 3 hari lalu. Sebelum ini kita juga telah menghantar bantuan menggunakan lori tangki, dan usaha ini akan dite...

Keprihatinan Ketua Bahagian: Amirshah Yaakub Agih Sumbangan Air Mineral di DUN Sibuga

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah SANDAKAN -Ketua Bahagian DUN Sungai Sibuga N.52, Datuk Amirshah Yaakub, hari ini menyumbangkan sebanyak 1,000 karton air mineral kepada penduduk yang terkesan akibat masalah bekalan air di kawasan DUN Sungai Sibuga. “Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Dengan keprihatinan beliau, kita dapat menyalurkan sebanyak 1,000 karton air mineral kepada penduduk di DUN Sungai Sibuga. Seawal jam 8.30 pagi tadi, kita telah menggerakkan ahli jawatankuasa bahagian PGRS Sungai Sibuga untuk mengambil bekalan di kilang K2 sebelum diagihkan ke kawasan yang terjejas. Antara lokasi yang menerima sumbangan ialah PPR Batu Putih, Kampung Tinusa 2, serta Apartment Sejati Batu 7. Rata-rata penduduk di sini terkesan akibat kekangan bekalan air sejak 2 hingga 3 hari lalu. Sebelum ini kita juga telah menghantar bantuan menggunakan lori tangki, dan usaha ini akan diteruskan dari ...

Konvoi Solidariti 2.0 #JusticeForZara di Sandakan Disambut Meriah

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah SANDAKAN  – Konvoi Solidariti 2.0 #JusticeForZara yang berlangsung di Sandakan hari ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat, peserta konvoi serta sukarelawan yang hadir memberikan sokongan padu. Pengerusi Konvoi, Datu Hj Nasiruddin Datu Gulam , dalam ucapan terima kasihnya menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana program tersebut dapat berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak. “Penyertaan tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja mencerminkan semangat kesatuan dan kepedulian rakyat Sandakan, tetapi juga menjadi simbol solidariti kita dalam menuntut keadilan buat arwah adik Zara Qairina,” katanya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa keselamatan, marshal, penaja, penyumbang serta masyarakat Sandakan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran konvoi. Konvoi ini diadakan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan menuntut keadilan buat arwah adik Zara Qa...

Solidariti Sandakan: Konvoi #JusticeForZara Kembali Menggegarkan Sandakan

Imej
      Oleh Mus Fardil Abdullah  Sandakan: Suasana solidariti dijangka membara pada 16 September ini apabila Konvoi JusticeForZara 2.0 diadakan di Kompleks Sukan Batu 5, Sandakan, bermula jam 3 petang hingga 5 petang. Konvoi ini dianjurkan bagi memperingati dan menuntut keadilan untuk Arwah Adik Zara Qairina , dengan laluan melalui Kompleks Sukan, Jalan Batu Sapi, Bandar Sandakan, dan berakhir di Masjid Sim-Sim. Penganjur utama menegaskan bahawa konvoi ini bukan sekadar simbol, tetapi satu panggilan kepada masyarakat untuk bersatu. Datu Hj Nasiruddin Datu Gulam berkata, “Keadilan bukan hanya hak keluarga, tetapi tanggungjawab seluruh masyarakat. Bersama kita tegakkan hak Arwah Zara.” Menyokong usaha itu, Syaidin Yusuff menambah, “Perjuangan ini memastikan suara mangsa didengar dan keadilan ditegakkan tanpa kompromi.” Surat pemakluman telah dihantar ke IPD Sandakan Datu Asshed Fairuz Datu Gulam menyifatkan setiap langkah konvo...