Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2025

Ah Ching Tekad Majukan Sandakan

Imej
SANDAKAN: Calon DUN Tanjung Papat, Tang Szu Ching, menegaskan bahawa Sandakan mempunyai potensi besar untuk diperkasakan sekiranya proses pembaharuan dilakukan secara berterusan serta dipimpin oleh wakil rakyat yang bertanggungjawab. Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata usaha memajukan Sandakan tidak boleh bergantung kepada pelan jangka pendek semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen konsisten dan tindakan berkesinambungan. Sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Szu Ching berkata beliau sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengelakkan Sandakan daripada terus merosot menjadi “bandar mati”. “Selain mengurus cabaran semasa, kita perlu mengambil pendekatan yang mampu memperkasakan Sandakan secara berperingkat. Ini tentunya menuntut pemimpin yang tekun, berdedikasi dan sentiasa membawa idea baharu,” katanya ketika berucap dalam program Makan Malam Pakatan Harapan di sini. Beliau turut menegaskan bahawa...

Abdul Said Tegaskan Komitmen Menjadi Mata, Telinga dan Suara Rakyat Gum-Gum

Imej
oleh Mus Fardil Sandakan — Calon Parti Keadilan Rakyat bagi N.50 Gum-Gum, Abdul Said Pimping, menegaskan bahawa beliau bukan calon yang suka menabur janji manis sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. Menurutnya, tugas sebenar seorang wakil rakyat bukan bergantung kepada retorik, tetapi kepada kesediaan untuk melihat, mendengar dan menyuarakan kepentingan rakyat tanpa mengira keadaan. “Pertama, saya tidak suka menjanjikan bulan bintang. Apa yang saya boleh janji ialah saya akan menjadi mata, telinga dan suara masyarakat di bawah pentadbiran saya,” katanya. Beliau menjelaskan bahawa sebagai mata, beliau komited memahami keseluruhan kawasan Gum-Gum melalui pemerhatian dan turun padang. Sebagai telinga, beliau berjanji mendengar setiap keluhan dan cadangan masyarakat secara langsung tanpa tapisan. Beliau menekankan bahawa aspek paling penting adalah menjadi suara rakyat dalam apa jua platform. “Di mana-mana tempat, dengan siapa sekali pun, saya akan mengangkat suara ...

Calon N.50 Gum-Gum: Abdul Said Pimping Bawa Rekod Khidmat Komuniti ke Pentas Politik

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah SANDAKAN -  Abdul Said Pimping, 53, anak jati Sandakan yang dikenali dengan kerja akar umbi dan pengalaman panjang dalam perkhidmatan masyarakat, kini menawarkan dirinya sebagai calon nombor 2 (HARAPAN) bagi kerusi N.50 Gum-Gum. Berbekalkan kelulusan dalam Pentadbiran Perniagaan, beliau membina kerjaya yang kukuh dalam bidang perkhidmatan awam dan pengurusan komuniti. Abdul Said pernah memainkan peranan penting sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Penduduk serta pegawai perhubungan kepada Ahli Parlimen Libaran, pengalaman yang mengukuhkannya dalam memahami keperluan rakyat di peringkat akar umbi. Ketika ini, beliau bertugas di Institut Impian Sabah, sebuah institusi yang fokus pada pembangunan sosial dan komuniti. Sebagai Ketua Cabang KEADILAN Libaran dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan, Abdul Said aktif memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat luar bandar, termasuk isu ekonomi komuniti pesisir dan pembangunan sosial. ...

1500 Hadir Gemakan Malam Harapan : Vivian & Ah Ching Rai Gelombang Sokongan

Imej
Sandakan, — Lebih daripada 1,500 penduduk membanjiri program Malam Harapan yang berlangsung di Sandakan malam tadi, menandakan lonjakan sokongan menjelang hari pengundian pada 29 November ini. Acara yang penuh semangat itu menyaksikan kehadiran dua calon DAP, Vivian Wong (Sandakan) dan Tang Szu Ching (N56 Tanjong Papat), bersama Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, yang turun padang bagi memberikan sokongan moral dan politik kepada kedua-dua calon tersebut. Dalam kenyataannya, calon N56 Tanjong Papat, Tang Szu Ching, berkata kehadiran besar masyarakat setempat memberi isyarat jelas bahawa penduduk Sandakan mahukan kepimpinan yang berprinsip, bersih dan mampu membawa perubahan. “Sorakan dan semangat yang kita lihat malam ini sangat luar biasa. Saya berharap ia dapat diterjemahkan sebagai undi pada 29 November nanti. Kami akan terus berjuang demi masa depan Sandakan yang lebih baik,” kata Tang. Beliau turut menegaskan bahawa beliau dan Vivian Wong berkongsi prins...

Mahkamah Sahkan Pengangkatan: Usaha Vivian Wong Bawa Titik Tamat Isu Dokumentasi

Imej
Oleh Mus Fardil Sandakan — Seorang anak Sandakan yang sekian lama berdepan isu dokumentasi kelahiran akhirnya mendapat kepastian yang dinanti-nantikan apabila mahkamah mengesahkan proses pengangkatannya secara rasmi. Keputusan itu menamatkan ketidakpastian yang membelenggu kanak-kanak tersebut dan membuka jalan kepada akses pendidikan, kesihatan serta hak-hak asas sebagai warganegara. Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, yang mengumumkan perkembangan itu, menyifatkannya sebagai satu kemenangan penting hasil kerjasama rapat antara Pejabat Parlimen Sandakan dan pasukan guaman yang diketuai Peguam Larina Wong. Menurut Vivian, usaha menyelesaikan kes dokumentasi kompleks seperti ini memerlukan ketekunan dan komitmen jangka panjang. “Kami tidak kisah melangkah lebih jauh, kerana melihat hasil seperti ini menjadikan setiap usaha benar-benar berbaloi,” katanya. Kes ini mengambil masa lebih setahun untuk diselesaikan, melibatkan pelbagai peringkat semakan dan pembuktian ba...

Perjuangan Belum Tamat, Vivian Sasar Mandat Negeri Demi Kemajuan Sandakan

Imej
Oleh Mus Fardil Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, memilih untuk bertanding di DUN pada PRU ke-17 Sabah sebagai kesinambungan perjuangannya untuk rakyat Sandakan. Apa yang beliau lakukan sejak hari pertama menjadi Ahli Parlimen adalah memperjuangkan kebaikan Sandakan dan tidak pernah berputus asa untuk bersuara demi rakyat. “Dari hari pertama saya jadi Ahli Parlimen, saya tidak pernah berputus asa memperjuangkan yang terbaik untuk Sandakan. Tapi kuasa muktamad untuk banyak perkara, termasuk infrastruktur, terletak pada kerajaan negeri Sabah,” katanya. Antara manifesto paling penting yang mahu beliau fokuskan ialah masalah jalan raya berlubang di Sandakan, isu yang sering menjadi perhatian dan rungutan penduduk. “Saya tidak mahu lagi Sandakan diketawakan kerana jalan berlubang. Matlamat saya belum selesai. Saya mau push kerajaan negeri untuk bertindak,” tambahnya. Vivian menolak sentimen negatif yang cuba menggambarkan beliau bukan anak jati Sabah. “Saya tinggal d...

Fazil Ajak Tegaskan PBRS Batu Sapi Komited Sokong Penuh Dua Calon BN di Sekong & Karamunting

Imej
SANDAKAN – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Batu Sapi menegaskan komitmen mereka untuk menyokong penuh kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini. Fazil Ajak, Ketua Bahagian PBRS Batu Sapi juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat, berkata sokongan itu diberikan khususnya kepada calon BN dari MCA dan UMNO. “Bagi PBRS Bahagian Batu Sapi, khusunya di N.53 Sekong, saya secara peribadi yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat pasti menyokong penuh kedua-dua calon BN yang datang daripada MCA dan UMNO,” ujar beliau. Di Karamunting sebentar tadi, Fazil hadir bersama calon BN, Dato’ Chin Kim Hiun. Beliau menyatakan keyakinan terhadap gerak kerja calon tersebut dan berharap agar penduduk di kawasan Batu Sapi, khususnya Karamunting, memberi sokongan penuh melalui undian yang akan dibuat pada 29 November ini. “Kali ini, kita melihat bahawa lambang Dacing/Timbangan ini ada setelah beberapa tahun kita menunggu di kedua-dua tempat iaitu Sekong dan Ka...

Tang Szu Ching Zahirkan Rasa Hiba, Sampaikan Takziah kepada Keluarga Mangsa Tragedi di Kg Sim-Sim

Imej
Oleh Mus Fardil  Sandakan — Calon Pakatan Harapan bagi N.56 Tanjong Papat, Tang Szu Ching, atau lebih mesra dikenali sebagai Ah Cing, meluahkan rasa hiba selepas menerima berita menyayat hati mengenai seorang penduduk di Rumah Murah Kg Sim-Sim yang terjatuh dari bangunan dan meninggal dunia ketika beliau sedang berkempen kelmarin. Sebaik dimaklumkan tentang kejadian itu, Ah Cing bergegas ke lokasi bagi menzahirkan solidariti dan memberikan sokongan moral kepada keluarga mendiang serta jiran-jiran yang masih terkejut dengan tragedi tersebut. Beliau berkata pada saat-saat sebegini, kehadiran dan perhatian komuniti lebih bermakna daripada apa-apa ucapan. Menurutnya, melihat kesedihan keluarga mendiang benar-benar menyentuh hatinya. Beliau mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan sedikit ketenangan untuk melalui tempoh kehilangan ini.

Dari Legasi ke Generasi Zharif Aizat Angkat Panji Sekong

Imej
SANDAKAN - Zharif Aizat bukan sekadar hadir sebagai calon muda BN, tetapi juga pewaris kepada legasi kepimpinan ayahnya, Datuk Haji Samsudin Yahya, tokoh politik yang pernah mewarnai politik Sabah khususnya di daerah Sandakan. Sebagai generasi baharu dalam politik tempatan, Zharif membawa imej segar dengan pendekatan yang lebih inklusif serta berfokus kepada agenda pembangunan belia, pemerkasaan ekonomi setempat dan kesinambungan khidmat masyarakat yang telah lama diletakkan oleh ayahnya. Walaupun masih muda, Zharif dilihat mampu menjelmakan kesinambungan pengalaman keluarga politiknya dengan aspirasi baharu yang lebih sesuai dengan kehendak generasi kini. Kehadirannya turut memberi signal bahawa BN Sekong sedang memberi ruang kepada barisan pelapis untuk memimpin masa depan. Dengan simbol 01, Zharif Aizat kini melangkah masuk ke gelanggang utama PRN Sabah dengan harapan baharu serta sokongan akar umbi yang semakin mengukuh sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Vivian Zahir Penghargaan Terhadap Ibu

Imej
SANDAKAN, 15 Nov — Calon PRU Dewan Undangan (DU) 17 bagi kerusi Elopura, Vivian Wong Shir Yee, menzahirkan penghargaan penuh emosi kepada ibunya atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangannya di Sandakan. Menurut Vivian, setiap tanggungjawab politik yang digalas datang bersama pengorbanan masa bersama keluarga, khususnya bersama ibunya yang menjadi sumber kekuatan dan dorongan sepanjang perjalanan politiknya. “Saya berterima kasih kepada mama kerana memahami amanah besar yang saya pikul di Sandakan. Mengambil lebih banyak tanggungjawab bermakna masa saya bersama keluarga termasuk mama akan semakin berkurangan,” katanya. Vivian turut meluahkan rasa sayang dan doa agar ibunya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipenuhi kegembiraan setiap hari. “Saya sayang mama, dan saya berdoa agar mama sentiasa sihat serta gembira bersama anak-anak dan cucu-cucu,” ujarnya dalam nada yang penuh kasih sayang. Vivian kini bersedia menghadapi kempen PRU DU17 di Elopura, deng...

Laungan “Katak Kata Katak” Gegar Tapak Penamaan Calon Batu 6 — Sindiran Buat Calon Lompat, Sokongan Padu Beralih kepada Alex TK Wong

Imej
Oleh Mus Fardil SANDAKAN - Laungan “katak katak” bergema di tapak penamaan calon di Jabatan Perhutanan Batu 6 pagi ini, apabila ribuan penyokong Warisan hadir memberikan sokongan penuh kepada calon mereka sambil menyindir dua figura politik yang dikaitkan dengan budaya lompat parti, iaitu George Hiew dan Datuk Chew Kok Woh. Tindakan kedua-dua tokoh itu yang beberapa kali bertukar platform politik menjadikan mereka sasaran ejekan sepanjang proses penamaan. Sorakan para penyokong bukan sekadar sindiran, tetapi mesej jelas menolak politik tidak konsisten yang sering merugikan pengundi. Mereka menegaskan bahawa rakyat mahukan pemimpin yang setia, bukan individu yang berubah haluan mengikut kedudukan dan kepentingan semasa. Dalam suasana penuh warna itu, nama Alex TK Wong disebut paling lantang, dengan penyokong melaungkan keyakinan bahawa kerusi N.54 kini mempunyai calon terbaik untuk membawa semula kestabilan dan suara rakyat Karamunting. Sambutan kuat di Batu 6 turut menggamb...

Keutamaan Saya Bukan Kempen, Tetapi Fokus Krisis Air Rakyat Sandakan

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah Sandakan : Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, menegaskan bahawa sejak beliau diumumkan sebagai calon DUN Elopura minggu lalu, tumpuannya bukan pada kempen politik, sebaliknya kepada usaha menangani krisis air yang terus membebankan penduduk. Pada hari penamaan calon yang berlangsung hari ini, Vivian hadir bersama ribuan penyokong yang memenuhi kawasan pusat penamaan calon, namun tetap menekankan bahawa keutamaan beliau masih tertumpu kepada isu kebajikan rakyat. Beliau berkata krisis air yang berpanjangan menuntut perhatian segera, justeru pasukannya terus memantau perkembangan pembaikan paip serta memastikan maklumat terkini disalurkan kepada penduduk. Dalam gambar yang dirakam semasa penamaan calon, turut kelihatan Tang Szu Ching, calon yang dipertaruhkan di DUN Tanjong Papat, hadir bersama untuk menunjukkan solidariti dan komitmen bersama terhadap isu infrastruktur Sandakan. Vivian juga menjawab persoalan mengenai keputusannya bertanding di per...

Tiga Anak Muda 26 Tahun Iringi Calvin Chong Pada Hari Penamaan Calon PRN Sabah

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah Sandakan, 15 Nov – Komitmen Parti Warisan dalam memupuk kepimpinan pelapis terserlah hari ini apabila tiga anak muda dengan purata umur 26 tahun tampil sebagai pencadang, penyokong dan wakil mengiringi calon N.55 Elopura, Calvin Chong, ke Dewan Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. Kehadiran trio belia itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya mencerminkan keyakinan generasi muda terhadap hala tuju politik Warisan serta kepercayaan mereka terhadap peranan golongan belia sebagai penggerak masa depan negeri. “Ia bukan sekadar angka. Sokongan anak muda adalah tenaga perubahan. Apabila orang muda bangkit, masa depan negeri turut berubah,” kata Calvin Chong ketika ditemui selepas proses penamaan calon. Warisan sebelum ini konsisten memberi ruang kepada generasi muda untuk tampil ke hadapan melalui platform inklusif yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan, mencorakkan idea baharu dan membawa aspirasi masyarakat ke peringkat pembuat dasar...

Alex Thien Dipilih Sebagai Calon PRU DU Tanjung Papat, Hargai Kepercayaan DSSA

Imej
SANDAKAN, 12 Nov — Parti Warisan menampilkan Alex Thien sebagai calon rasmi bagi PRU DUN Tanjung Papat, dalam usaha parti itu memperkukuh sokongan dan membawa aspirasi rakyat tempatan ke pentas politik. Selepas pengumuman rasmi, Alex Thien menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, atas kepercayaan yang diberikan kepadanya. Beliau menegaskan peluang ini bukan sahaja satu tanggungjawab politik, tetapi juga satu peluang untuk mendekati rakyat, memahami aspirasi mereka, dan memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan kawasan Tanjung Papat. Pengumuman calon dibuat semasa program penyerahan watikah calon di Kolombong, dekat sini, yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama parti. Alex Thien menekankan komitmennya untuk bekerja keras dan memastikan suara rakyat Tanjung Papat didengar serta diambil kira dalam setiap keputusan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Dengan pengumuman ini, Parti Warisan telah memukta...

Alex Rasmi Menjadi Calon PRU DU N.54 Karamunting, Hargai Kepercayaan DSSA

Imej
SANDAKAN, Alex TK Wong diumumkan sebagai calon Parti Warisan bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DU Karamunting, menandakan penglibatan beliau dalam usaha parti memperkukuh sokongan di kawasan tersebut. Dalam kenyataannya selepas pengumuman rasmi, Alex TK Wong menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk mewakili parti dalam PRU ini.  Beliau menyatakan bahawa peluang ini bukan sahaja satu tanggungjawab politik, tetapi juga peluang untuk mendekati rakyat, memahami keperluan mereka, dan menyumbang kepada pembangunan setempat. Pengumuman calon dibuat semasa program penyerahan watikah calon di Kolombong, dekat sini, yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama parti. Alex menegaskan komitmennya untuk bekerja keras bagi memperjuangkan aspirasi rakyat Karamunting dan memastikan suara mereka didengar. Dengan pengumuman ini, Parti Warisan telah memuktamadkan 73 cal...

Penduduk Derita, Peniaga Rugi – Alex Wong Tuntut Tindakan Segera Atasi Krisis Air

Imej
Oleh Mus Fardil Sandakan, 11 November – Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sandakan, Alex TK Wong, menzahirkan rasa kecewa dan kebimbangan terhadap krisis bekalan air besar-besaran yang melanda daerah Sandakan sejak beberapa hari lalu. Beliau berkata, gangguan bekalan air selama tiga hingga empat hari berturut-turut bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian penduduk, malah menimbulkan kesan ekonomi yang serius terhadap peniaga kecil, pengusaha makanan dan para peniaga di pasar. “Masalah ini bukan baru. Ia sudah bertahun-tahun berlaku dan kini menjadi seperti masalah biasa di Sandakan. Penduduk seolah-olah dipaksa menerima keadaan ini sebagai norma, sedangkan air adalah keperluan asas,” tegas Alex. Beliau turut menggesa kerajaan negeri dan agensi berkaitan agar tidak lagi bersikap reaktif dengan hanya memberi alasan teknikal setiap kali gangguan berlaku, sebaliknya tampil dengan pelan jangka panjang yang menyeluruh untuk memastikan bekalan air di Sandakan stabil dan mampa...

Pemandu Bas Tung Ma Dituduh Bertindak Biadap di Terminal KK Sentral

Imej
Kota Kinabalu - Seorang pemandu bas syarikat Tung Ma didakwa bertindak kasar terhadap penumpang di Terminal Bas KK Sentral pada petang Jumaat, 8 November 2025. Menurut laporan daripada seorang penumpang, kejadian berlaku lebih kurang jam 2.30 hingga 2.35 petang apabila bas dengan nombor pendaftaran SU 8088 B dari laluan KK-KGU tiba lewat dua minit dari jadual. Pemandu tersebut dikatakan menengking dan memarahi penumpang bersama dua orang anak kecil kerana kelewatan berkenaan. Penumpang tersebut menjelaskan bahawa kelewatan berlaku kerana kesilapan lokasi menunggu, namun pemandu itu tetap memarahi mereka dengan kata-kata seperti: “Kamu siapa mau ditunggu? Kamu ingat kamu sahaja yang ditunggu?” Untuk mengelakkan insiden menjadi lebih buruk, penumpang memutuskan untuk keluar dari bas. Berdasarkan maklumat daripada penumpang lain dan pekerja terminal, kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku terhadap pemandu berkenaan. Pihak penumpang memohon agar pengurusan Tung Ma mem...

Paip Bocor di Casa San Uno Selesai Dibaiki, Nasalim Masih Dalam Pembaikan

Imej
Oleh Mus Fardil Sandakan, 8 November 2025 – Kerja-kerja pembaikan paip utama penghantaran air terawat jenis MSCL bersaiz 1200mm yang bocor di hadapan Taman Casa San Uno telah berjaya disiapkan. Penyelaras Parlimen P.186 Sandakan, Tang Szu Ching, memaklumkan bahawa kerja pembaikan di lokasi tersebut selesai sepenuhnya pada jam 8.00 malam semalam, selepas pasukan Jabatan Air mengenal pasti lokasi kebocoran dan melaksanakan pembaikan segera. Bagi lokasi kedua di hadapan Taman Nasalim, kerja-kerja pembaikan masih sedang dijalankan dan dijangka akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya. Penduduk yang terjejas disarankan untuk menggunakan air secara berhemah sementara kerja pembaikan dijalankan.

3,000 Karton Air Mineral dan 32 Tangki Sementara Dipasang di Kg Sim-Sim

Imej
   Oleh Yulianti Saini SANDAKAN – Sebanyak 32 unit tangki sementara sedang dipasang di keseluruhan Jambatan dan Lorong Kampung Sim-Sim bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air asas sepanjang tempoh gangguan bekalan air di kawasan tersebut. Menurut Pegawai Penyelaras Parlimen P.186 Sandakan, Tang Szu Ching, pemasangan tangki sementara itu bertujuan menyalurkan air bantuan kepada penduduk secara berperingkat bagi memenuhi keperluan asas harian. Beliau berkata, selain penyediaan tangki sementara, pasukan turut mengagihkan sebanyak 3,000 karton air mineral kepada penduduk yang terjejas untuk memastikan keperluan air minuman mereka mencukupi. Tang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha tersebut, termasuk agensi berkaitan dan sukarelawan yang membantu memastikan proses agihan air berjalan lancar serta sampai kepada komuniti yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan pihak penyelaras terhadap kebajikan pendu...

Tingkat Keselesaan Pembelajaran: Tadika Pei Ying Terima Sumbangan Penghawa Dingin

Imej
    Oleh Mus Fardil Sandakan, 7 November 2025 – Tadika Pei Ying yang terletak di Jalan Cecily menerima sumbangan sebuah unit penghawa dingin daripada Encik Alex Wong, Timbalan Ketua Bahagian Warisan Sandakan, bersama Encik Alex Thien. Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan pada jam 11.30 pagi di Tadika Pei Ying, dengan kehadiran para guru, murid serta wakil komuniti setempat. Menurut Encik Alex Wong, “Kami berbesar hati dapat menyumbangkan sebuah penghawa dingin kepada Tadika Pei Ying. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi lebih keselesaan kepada para murid dan guru dalam suasana pembelajaran harian. Terima kasih kepada pihak tadika atas peluang untuk kami menyumbang dan menyokong perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.”

Gangguan Air Seluruh Sandakan Bermula Hari Ini: Tindakan Segera Sedang Dijalankan

Imej
      Tang Szu Ching bermesyuarat dengan jabatan Air Daerah Sandakan SANDAKAN, 7 November 2025 — Penduduk di seluruh daerah Sandakan kini berdepan gangguan bekalan air bermula hari ini susulan kerja-kerja pembaikan paip utama berdiameter 1200mm yang pecah di kawasan Jalan Lintas Utara, berhadapan Taman Nasalim dan Taman Casa San Uno. Menurut Penyelaras Parlimen P.186 Sandakan, Tang Szu Ching, kerja-kerja pembaikan oleh Jabatan Air Sandakan telah bermula pada jam 8.00 pagi hari ini (7 November 2025) dan dijangka siap pada jam 6.00 petang, 9 November 2025 (Ahad), tertakluk kepada keadaan cuaca serta tahap kerosakan di lokasi berkenaan. Sepanjang tempoh pembaikan, Loji Rawatan Air Segaliud dijangka mengalami pengurangan kapasiti pengeluaran air sebanyak 40%, yang menyebabkan tekanan air rendah, bekalan tidak stabil atau gangguan sementara di kebanyakan kawasan sekitar Sandakan. Tang Szu Ching memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Ai...

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Imej
SANDAKAN - Rombongan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam di kawasan Tanah Merah susulan aduan orang awam yang mendakwa berlaku pengebumian bukan Islam di kawasan tersebut. Lawatan berkenaan bertujuan mendapatkan maklumat lengkap dan meninjau sendiri lokasi bagi memastikan kesahihan aduan yang diterima. Hasil tinjauan awal mendapati terdapat beberapa amalan di kawasan perkuburan yang dilihat kurang sesuai dan bercanggah dengan adab serta tatacara Islam, antaranya meletakkan cermin di atas kubur, botol susu, kelambu dan sebagainya. Sehubungan itu, JHEAINS menasihatkan masyarakat agar merujuk kepada pejabat agama berhampiran atau mendapatkan pandangan daripada ustaz dan ustazah yang arif dalam hal-hal berkaitan pengurusan jenazah serta adab di tanah perkuburan. “Adalah penting bagi kita semua memastikan setiap urusan dan amalan yang dilakukan di tanah perkuburan Islam selaras dengan ...

Vivian Wong Nafi Dakwaan Ahli DAP Keluar Parti Beramai-Ramai

Imej
oleh   Mus Fardil SANDAKAN: Setiausaha DAP Sabah, Vivian Wong, menafikan dakwaan bahawa berlaku penghijrahan besar-besaran ahli parti seperti yang didakwa dua bekas pemimpin DAP negeri itu baru-baru ini. Beliau berkata, dakwaan bekas Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon, dan bekas Setiausaha Organisasi, Liau Fui Fui, kononnya ramai ahli keluar parti adaliah tidak benar sama sekali. Menurutnya, gambar yang tular menunjukkan sekumpulan individu meninggalkan parti sebenarnya membabitkan kumpulan yang sama, namun gambar mereka diambil berulang kali untuk mencipta persepsi palsu seolah-olah jumlahnya besar. Vivian menjelaskan bahawa dakwaan kononnya beberapa cawangan DAP dibubarkan juga tidak tepat, kerana hanya segelintir ahli yang meninggalkan parti manakala cawangan tersebut masih wujud dan berfungsi seperti biasa. Beliau menyifatkan tindakan bekas pemimpin berkenaan sebagai usaha tidak bertanggungjawab yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan imej pa...

Paip Pecah di Bandar Ramai-Ramai Siap Diperbaiki Hasil Tindakan Alex Wong

Imej
Oleh Mus Fardil SANDAKAN – Paip air utama pecah di hadapan deretan kedai Blok E, Bandar Ramai-Ramai baru-baru ini, menyebabkan air melimpah ke jalan dan membanjiri beberapa premis perniagaan. Beberapa kedai mengalami kerosakan barangan dagangan selepas air bertakung di hadapan premis akibat kebocoran paip berkenaan. Masalah itu telah berjaya dibaiki selepas aduan dikemukakan kepada pihak berkenaan dengan tindakan susulan oleh Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sandakan, Alex TK Wong (黄俊奇), yang turun padang memastikan kerja pembaikan dilaksanakan segera. Tindakan pantas ini telah mengembalikan keadaan seperti sediakala dan membantu mengelakkan kerugian lanjut kepada peniaga di kawasan tersebut.

Kali Ini, Biarlah Sabah Ditentukan Oleh Kita Sendiri” – Alex Wong

Imej
Oleh Mus Fardil SANDAKAN, 4 November 2025 – Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sandakan, Alex TK Wong menegaskan sudah tiba masanya rakyat Sabah sendiri menentukan hala tuju negeri ini tanpa terus bergantung kepada keputusan pihak luar. Beliau berkata demikian sebagai menyahut semangat kebangkitan baharu rakyat Sabah yang mahukan suara dan kepimpinan tempatan diberi keutamaan dalam menentukan masa depan negeri. “Kali ini, biarlah Sabah ditentukan oleh kita sendiri. Kita tidak perlukan sesiapa dari luar untuk menentukan nasib kita. Sudah sampai waktunya orang Sabah bangkit mempertahankan hak, maruah, dan masa depan negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Alex turut menyeru agar rakyat Sabah bersatu hati di bawah perjuangan Parti Warisan, yang menurutnya konsisten memperjuangkan autonomi sebenar dan pembangunan berasaskan kepentingan rakyat tempatan. “Perjuangan ini bukan untuk kepentingan mana-mana individu, tetapi untuk memastikan Sabah kembali menjadi negeri...

Bekas Staf Menang Kes Mahkamah Terhadap Syarikat AJ Production

Imej
      Faridulhakim Keempat dari Kiri Sandakan : Bekas staf, Faridulhakim bin Dullah, akhirnya memperoleh keadilan selepas Mahkamah memutuskan kemenangan berpihak kepadanya pada 31 Oktober 2025 dalam kes sivil melibatkan kegagalan pembayaran elaun serta tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh pihak majikan. Kes berkenaan melibatkan sebuah syarikat produksi tempatan yang berpangkalan di Sandakan, Dalam prosiding itu, Faridulhakim bin Dullah bertindak sebagai Defenden, manakala syarikat berkenaan, Syarikat AJ Production, merupakan Plaintif. Mahkamah dalam keputusannya mendapati bahawa Syarikat AJ Production telah melanggar tanggungjawab terhadap pekerjanya dengan tidak menunaikan bayaran elaun seperti yang dijanjikan, selain melakukan tindakan fitnah yang menjejaskan reputasi Defenden. Susulan keputusan tersebut, Mahkamah mengarahkan Syarikat AJ Production membayar ganti rugi kepada Defenden atas kerugian dan kesan yang dialami.  Faridul...

Fazil Turun Padang Ziarah Penduduk Batu Sapi — Tinjau Isu Kemudahan Asas

Imej
Oleh Mus Fardil SANDAKAN - Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) BN Bahagian Sekong yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat Mohd Fazil Ajak, hari ini mengadakan lawatan mesra ke kawasan Batu Sapi bagi berjumpa dan berinteraksi secara langsung dengan penduduk setempat. Lawatan tersebut bertujuan meninjau serta memahami isu-isu berkaitan kemudahan asas yang dihadapi oleh penduduk dalam kehidupan seharian. Sepanjang lawatan itu, Mohd Fazil mendengar pelbagai aduan dan pandangan daripada penduduk, termasuk masalah jalan rosak, sistem perparitan, kebersihan awam serta pencahayaan jalan yang tidak mencukupi. Beliau berkata, lawatan ini merupakan usaha untuk mendapatkan maklumat secara langsung di peringkat akar umbi dan membantu menyampaikan permasalahan rakyat kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi tindakan susulan. “Sebagai pemimpin di peringkat kawasan, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan suara rakyat didengari. PBRS akan terus komited memperjuangk...

90 Ahli Baharu Sertai Parti Warisan di Karamunting

Imej
     Alex Wong menerima borang ahli baru SANDAKAN, 2 Nov 2025 – Seramai 90 ahli baharu yang diketuai oleh Radiah Usin , sebelum ini ahli Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hari ini mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam Parti Warisan dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Karamunting Baru. Penyertaan kumpulan tersebut diterima oleh Alex Tk Wong  Ketua Bahagian Parti Warisan DUN Karamunting, yang menyambut baik kehadiran mereka dan menyifatkannya sebagai petanda semakin ramai rakyat mula yakin dengan perjuangan dan hala tuju Parti Warisan. Menurut beliau, kemasukan ahli-ahli baharu ini mencerminkan semangat rakyat Karamunting yang mahu melihat perubahan dan pembangunan lebih baik di bawah pimpinan Warisan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemimpin akar umbi serta penyokong parti yang hadir memberi sokongan kepada ahli-ahli baharu tersebut.

Bantu Dengan Hati, Bukan Dengan Kamera - Jason Hii Perjelas Keadaan

Imej
Oleh Mus Fardil  SANDAKAN, 2 November : Susulan penyebaran beberapa kenyataan dan hantaran di media sosial berkaitan insiden kebakaran yang menimpa seorang warga emas di Sandakan, Jason Hii, wakil kepada Mdm Liau Fui Fui, tampil memberikan penjelasan bagi memperbetulkan fakta sebenar dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Menurut Jason, kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 4 pagi pada 29 Oktober, bukannya pada waktu petang seperti yang tular.  Katanya, sebaik menerima panggilan daripada Mdm Liau Fui Fui sekitar jam 8 pagi hari kejadian, beliau segera ke lokasi bagi meninjau keadaan mangsa dan menilai bentuk bantuan yang boleh diberikan.  Beliau tiba di lokasi sekitar jam 9 pagi, menenangkan mangsa serta membawanya ke hospital bagi mendapatkan semula ubat-ubatan dan dokumen rawatan yang musnah dalam kebakaran. Selepas itu, Jason bersama pasukannya membantu mangsa mencari tempat tinggal baharu, membayar wang pendahuluan s...

Shafie Apdal Terima Penyertaan 155 Belia Sim-Sim ke Dalam Parti Warisan

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini menerima penyertaan 155 belia dari Kampung Sim-Sim dalam satu majlis makan tengah hari yang diadakan di restoran Sandokan, di sini tengah hari tadi. Dalam ucapannya, Shafie berkata penyertaan golongan muda itu akan mewarnakan lagi perjuangan Warisan di Sandakan serta mengukuhkan semangat parti di peringkat akar umbi. Majlis tersebut turut dihadiri ketua-ketua bahagian Warisan di Sandakan, menandakan sokongan padu terhadap penglibatan generasi muda dalam memperkukuh hala tuju parti.