Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2025

Trafik Sandakan Terkawal, Penguatkuasaan Terus Dipergiatkan

Imej
SANDAKAN, 25 Ogos – Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sandakan, ASP Freedy, menegaskan bahawa keadaan trafik di Sandakan secara keseluruhannya berada dalam keadaan sangat terkawal, meskipun masih terdapat segelintir golongan muda yang melakukan kesalahan lalu lintas. Menurut beliau, antara isu yang dikenal pasti adalah penunggang bawah umur yang menjadikan jalan raya sebagai tempat bermain. Namun, katanya, jumlah kesalahan tersebut masih rendah dan pihaknya terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berterusan. > “Kita tidak nafikan masih ada golongan muda bawah umur yang melakukan kesalahan, tetapi peratusannya kecil. Untuk makluman semua, penguatkuasaan secara berterusan dijalankan setiap minggu dan setiap hari. Tindakan saman dan sitaan terhadap motosikal yang terlibat juga masih diteruskan,” jelas beliau. ASP Freedy berkata, penguatkuasaan bukan hanya berbentuk hukuman semata-mata, sebaliknya bertujuan mendidik dan menyedarkan pesalah la...

MUFLIS: LELAKI DOMINASI 70% KES DI MALAYSIA

Imej
Oleh : Mus Fardil Abdullah SANDAKAN, 22 Ogos 2025 – Ketua Cawangan Insolvensi Malaysia Sandakan, Tuan Syauqi Mardia Bin Baharudin menjelaskan bahawa insolvensi atau muflis merupakan keadaan di mana seseorang individu diisytiharkan bankrap oleh mahkamah kerana gagal membayar hutang berjumlah RM100,000 ke atas . Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi podcast bertajuk “Muflis Apa Bah Ni” anjuran Sandakan Viral Kini (SVK) malam tadi. Menurut beliau, berdasarkan statistik kebangsaan, 70% daripada individu muflis adalah lelaki , manakala majoriti kes melibatkan golongan berumur 35 hingga 44 tahun . Dari segi kaum pula, Melayu mencatat jumlah tertinggi , diikuti oleh kaum Cina serta lain-lain. “Antara punca utama yang membawa kepada kebankrapan ialah pinjaman peribadi , diikuti pinjaman perumahan, perniagaan dan hutang lain. Ada juga yang berhutang dengan banyak pihak, termasuk bank, individu dan institusi kredit,” katanya. Tambah beliau lag...

KONVOI SOLIDARITI #JusticeForZara DI SANDAKAN 31 OGOS INI

Imej
Oleh : Mus Fardil Abdullah SANDAKAN: Sebuah konvoi solidariti bagi menuntut keadilan untuk arwah adik Zara Qairina akan dianjurkan pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Padang Bandar Sandakan. Menurut kenyataan penganjur, pihak mereka telah menghantar surat pemakluman kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pagi tadi, dan maklum balas lanjut dijangka diterima dalam tempoh dua hingga tiga hari. Konvoi ini dianjurkan sebagai tanda solidariti masyarakat terhadap tragedi menimpa arwah serta bagi menyatakan sokongan kepada keluarga mangsa. Pihak penganjur menjelaskan bahawa objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu buli, keganasan dan penderaan. Ia juga bertujuan menekankan kepentingan tindakan awal bagi mengelakkan tragedi berulang serta menuntut keadilan buat arwah Zara Qairina. “Anggaran peserta sekitar 150 orang seperti dinyatakan dalam surat pemakluman. Namun, sekiranya jumlah kehadiran melebihi angka tersebut, ia adalah di lu...

Pindaan Akta Persaingan 2010 Dibentang sebelum 2025 - Datuk Armizan

Imej
Sandakan, —  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali , menegaskan bahawa pindaan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) kini sedang disegerakan tanpa perlu menunggu tahun 2030. Menurut beliau, pindaan ini memberi fokus kepada penambahbaikan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), termasuk memperkenalkan rejim kawalan percantuman bagi mengekang pembentukan kartel atau monopoli sejak awal. Datuk Armizan memaklumkan, proses pindaan tersebut kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun 2025 . Beliau menjelaskan, MyCC mempunyai kuasa memulakan siasatan sama ada secara proaktif, melalui arahan Menteri, aduan orang awam, atau maklumat daripada pihak yang terlibat sendiri. Namun, katanya, MyCC tidak mempunyai kuasa untuk mengecualikan pembida semasa siasatan masih berjalan , selagi kesalahan belum dibuktikan di bawah Akta 712. Setakat ini, MyCC telah mengeluarkan kepu...

“Parti Lama Patut Berehat, Beri Peluang Untuk Pemimpin Baharu” - Michel Alok

Imej
Disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah SANDAKAN, 13 Ogos – Presiden merangkap Pengasas Parti Impian Sabah (PIS), Michel Alok, menyeru agar rakyat tidak lagi memberi peluang kepada mana-mana pemimpin atau parti yang telah berjanji dan diberi peluang selama lima tahun namun gagal menunaikannya. “Jangan lagi beri peluang kepada mana-mana pemimpin parti ataupun parti yang sudah berjanji dan diberi peluang lima tahun dan mereka tidak menunaikannya. Lebih-lebih lagi kepada parti atau pemimpin yang sudah tiga penggal diberi peluang, orang seperti ini patut diberi masa untuk berehat dan beri peluang kepada mana-mana parti dan pemimpin yang belum lagi tercemar, yang ada keistimewaan dan kelainan,” katanya. Menurut Michel, Parti Impian Sabah adalah satu-satunya pilihan terbaik kerana ia merupakan parti baharu dengan pemimpin baharu, budaya baharu, pendekatan baharu dan belum tercemar. “Saya mendorong kepada golongan-golongan muda, kamu harus memilih Parti Impian Sabah sebab Parti Im...

Spotlight Terangi Jalan Masuk Tokong, Inisiatif Calon N.55 Elopura Demi Keselamatan

Imej
Disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah SANDAKAN: Pertubuhan Saudara Agama Buddha Sandakan hari ini menerima sumbangan sebuah spotlight bagi menerangi simpang jalan masuk ke tokong yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan utama. Calon Parti Impian Sabah (PIS) bagi N.55 Elopura, Jeffery Chung, berkata sumbangan tersebut dibuat setelah mengambil kira keadaan kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai pencahayaan, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan terutamanya pada waktu malam. “Pemasangan spotlight ini adalah langkah proaktif bagi mengurangkan risiko kemalangan, meningkatkan tahap keselamatan, dan memberikan kemudahan kepada para penganut serta penduduk yang melalui laluan ini,” jelas Jeffery. Pihak pertubuhan menyambut baik inisiatif ini dan menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan terhadap keperluan masyarakat setempat.

ADUN DILANTIK, DATUK JAFFARI WALIAM ISU JANJI PENGHAPUSAN HUTANG PENDIDIKAN OLEH WARISAN

Imej
KOTA KINABALU, 6 Ogos 2025 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Jaffari Waliam , membidas janji Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal , untuk melupuskan hutang pendidikan seperti PTPTN dan Yayasan Sabah sekiranya parti itu kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Datuk Jaffari menyifatkan kenyataan tersebut sebagai populis dan terdesak , menggambarkan kegagalan Warisan semasa mentadbir negeri antara 2018 hingga 2020 . “Kalau benar ikhlas mahu bantu rakyat, mengapa tidak dilaksanakan semasa Warisan mentadbir? Pada masa itu Shafie adalah Ketua Menteri dan Yayasan Sabah di bawah pentadbiran beliau,” katanya. Menurut beliau, janji penghapusan hutang itu hanya satu manipulasi emosi pengundi muda yang sedang dihimpit beban kewangan. Beliau turut memberi amaran agar rakyat tidak terpedaya dengan retorik menjelang pilihan raya. “Rakyat Sabah sudah serik dengan politik kosmetik seperti ini. Jangan gadaikan masa d...

Vision School Sandakan Ungguli Kejohanan Memanah MSS Sabah 2025 dengan 27 Pingat

Imej
SANDAKAN: 1 Ogos 2025  Pasukan memanah Vision School dari Sandakan mencatat kejayaan cemerlang apabila meraih sebanyak 27 pingat dalam Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2025 yang berlangsung dari 28 Julai hingga 1 Ogos di Lahad Datu. Kejayaan ini meletakkan Vision School sebagai antara penyumbang terbesar kepada pencapaian kontinjen Sandakan dalam kejohanan tersebut. Ia turut menggambarkan tahap komitmen, latihan berterusan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan atlet muda sekolah ini. Jumlah Pingat Diperoleh: 6 Pingat Emas 10 Pingat Perak 11 Pingat Gangsa Kemenangan ini melibatkan tiga kategori utama iaitu Recurve, Compound dan Barebow, menunjukkan keupayaan menyeluruh pasukan dalam pelbagai jenis acara memanah. Atlet yang Menyumbang Pingat: Dexter Tsang – Recurve Lelaki Bawah 18 Caden Yeo – Recurve Lelaki Bawah 15 Nicholas Yeo – Recurve Lelaki Bawah 15 Caleigh Chong – Recurve Perempuan Bawah 12 Zachariah Lai – Recurve Lelaki Baw...

Dari Hutan Ke Rumah Warga Tua: Sinar Baru Pakcik Jaineh

Imej
disiarkan oleh : Mus Fardil Abdullah Sandakan, 3 Ogos – Susulan lawatan calon N.55 Elopura ke tempat tinggal pakcik Jaineh di kawasan hutan Batu Sapi semalam, hari ini Jeffery Chung telah membawa warga emas berusia 60 tahun itu melawat Rumah Warga Tua Sandakan, sebagai persediaan untuk pemindahan ke tempat yang lebih selamat dan terjamin. Dalam lawatan tersebut, pakcik Jaineh dibawa meninjau suasana sekitar pusat penjagaan termasuk kemudahan asas, penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih yang ditawarkan kepada penghuni warga emas. "Hari ini kami berjanji untuk membawa pakcik Jaineh melihat kawasan sekitar, supaya dia lebih mengerti dan memahami keadaan di sini," kata Jeffery. "Selepas kita buat lawatan, pakcik Jaineh secara dasarnya bersetuju untuk masuk ke sini. Cuma ada sedikit masalah teknikal di mana IC dia pun hilang. Jadi kami kena bawa sekali ke JPN untuk mengatur kad pengenalan, supaya dapat buat permohonan ke rumah warga tua." ...

Tinggal Bersendirian di Hutan Batu Sapi, Pakcik Jaineh Bertahan Hidup Dengan Kayu Api dan Air Bukit

Imej
 Jeffery Chung Melawat pakcik Jaineh di kediamannya. Disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah Sandakan: di celah belukar Jalan Batu Sapi – Lintas Sibuga, seorang lelaki warga emas, Jaineh bin Sani, 60 tahun, telah menetap lebih setahun dalam keadaan serba daif tanpa bekalan elektrik, air paip mahupun kemudahan asas. Pakcik Jaineh menyara hidup dengan mengutip besi buruk dan barangan terbuang di sekitar tong sampah Sandakan, dengan pendapatan harian sekitar RM10 hingga RM20. Untuk mengisi perut, beliau memasak beras dan maggi menggunakan kayu api, hasil kutipan dari kawasan sekitar. Sumber air pula diperoleh dari aliran air bukit, yang tidak ditapis atau dirawat, menimbulkan risio terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang. Keadaan hidup yang menyayat hati ini akhirnya sampai ke pengetahuan masyarakat setempat dan dimaklumkan kepada calon N.55 Elopura dan N.54 Karamunting. Tanpa berlengah, mereka segera ke lokasi untuk meninjau sendiri keadaan pakcik ...