NGO Buat Laporan Polis, Bantah Cadangan Penganjuran Himpunan LGBT oleh Pemuda PSM
Oleh Mus Fardil Abdullah KLANG, 2 Jun – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Epanco Malaysia telah membuat laporan polis terhadap cadangan Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menganjurkan Himpunan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dijadualkan berlangsung pada 21 Jun ini di Petaling Jaya. Pengerusi Epanco Malaysia, Ariffin Abu Bakar , berkata pihaknya menolak keras sebarang usaha untuk mempromosikan budaya songsang yang bertentangan dengan nilai agama Islam, norma masyarakat Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan. “Kami melihat perhimpunan ini sebagai satu bentuk ancaman kepada kesejahteraan sosial, khususnya kepada golongan muda yang mudah terpengaruh dengan budaya luar yang tidak sihat,” ujar beliau ketika ditemui media selepas membuat laporan di Balai Polis Klang Selatan. Beliau turut menyeru agar pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kepimpinan negara, mengambil tindakan tegas bagi menghalang penganjuran ...