Catatan

Alex TK Wong cadang kajian sistem meter berpusat untuk bantu kampung peroleh bekalan elektrik sah dan stabil

Imej
Oleh Mus Fardil SANDAKAN, 23 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Alex TK Wong mencadangkan agar Sabah Electricity menjalankan kajian pelaksanaan sistem meter berpusat atau pembinaan pencawang kecil (substation) di kawasan kampung tidak formal bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan elektrik yang lebih selamat dan sah. Menurut beliau, hasil sesi pertemuan bersama pihak pengurusan Sabah Electricity baru-baru ini, masih terdapat banyak kawasan luar bandar dan kampung kecil di Sabah yang berdepan kesukaran untuk memohon sambungan elektrik rasmi. Katanya, situasi tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk status kampung yang belum diwartakan serta ketiadaan alamat rasmi, sekali gus menyukarkan proses permohonan utiliti asas seperti air dan elektrik. “Ramai penduduk bukan tidak mahu membayar bil elektrik, tetapi mereka tidak dapat melalui proses permohonan yang lengkap kerana kekangan status kawasan dan prosedur sedia ada,” katanya. ...

RM58,579 Disalurkan Bantu Mangsa Kg Bahagia, Lions Club Turun Padang 6 Hari Berturut-Turut

Imej
oleh Mus Fardil Abdullah SANDAKAN: Prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa di Kampung Bahagia, Lions Clubs International Foundation bersama Lions Club Sandakan Selingan telah melaksanakan misi kemanusiaan dengan jumlah sumbangan keseluruhan dianggarkan bernilai RM58,579.24. Misi bantuan yang berlangsung selama enam hari bermula 20 Mei hingga 25 Mei itu melibatkan penyediaan makanan secara gotong-royong untuk mangsa-mangsa terjejas, selain penyaluran pelbagai keperluan asas kepada penduduk. Program berkenaan turut disertai District Governor 308-A2, Dato Winnie Lee Siew Ping, President Santhi RG Krishnan, Mantan President Michael Raymond Tan serta ahli-ahli Lions Club Sandakan Selingan yang turut turun padang menjayakan misi tersebut. Antara bantuan disalurkan termasuk barangan basah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, minyak masak, telur, beras dan lain-lain bahan keperluan untuk dimasak sepanjang tempoh operasi bantuan tersebut. Selain itu, bantuan lain...

Maxim & Zlata Kerjasama Lindungi Pemandu E-hailing dengan Insurans Lebih Mudah

Imej
Oleh Mus Fardil Abdullah KUALA LUMPUR – Syarikat e-hailing Maxim kini bekerjasama dengan agensi insurans Zlata bagi menyediakan perlindungan khas yang lebih mudah diakses oleh pemandu di seluruh Malaysia. Melalui kerjasama ini, pemandu e-hailing akan mendapat perlindungan insurans yang meliputi pelbagai situasi termasuk kemalangan, kecederaan dan kerosakan kenderaan ketika menjalankan tugas, sama ada semasa mengambil penumpang, dalam perjalanan atau selepas selesai trip. Ini bermakna, jika berlaku kejadian tidak diingini, pemandu tidak perlu menanggung sepenuhnya kos yang boleh menjadi beban kewangan. Selain itu, Zlata turut membantu menguruskan perkara berkaitan seperti perkhidmatan tunda, urusan tuntutan insurans serta komunikasi dengan pihak insurans, sekali gus mempercepatkan proses dan mengurangkan tempoh kenderaan tidak dapat digunakan. Bagi memudahkan lagi, skim “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” turut diperkenalkan supaya pemandu tidak perlu...

The Lion Club Sandakan Sumbang Lebih RM 10,000 Mangsa Kebakaran Kg Bahagia'

Imej
Mus Fardil Abdullah SANDAKAN: Keprihatinan terhadap nasib mangsa kebakaran terus dizahirkan apabila Lions Club of Sandakan City tampil menghulurkan bantuan keperluan asas bernilai lebih RM10,000 dalam satu misi kemanusiaan yang dijalankan baru-baru ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8,000 disumbangkan oleh kelab berkenaan, manakala lebih RM2,000 lagi merupakan hasil sumbangan orang awam yang turut sama prihatin terhadap nasib mangsa. Antara barangan yang diagihkan termasuk air mineral, makanan segera seperti mi segera dan biskut, serta keperluan bayi seperti lampin pakai buang.   Selain itu, pakaian terpakai seperti baju dan kasut turut disumbangkan bagi membantu mangsa yang kehilangan harta benda. Pengagihan bantuan ini telah diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dengan lokasi penyerahan ditetapkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tiong Hua yang baru dibuka dan memerlukan bekalan asas tambahan. Seramai sembilan ahli Lio...

Penguat Kuasa Dipukul Akibat Tegur Penjual Rokok

Imej
Mus Fardil Abdullah  Penguat Kuasa Dipukul Sekumpulan Lelaki Selepas Tegur Penjual Rokok Di Sandakan SANDAKAN — Seorang lelaki yang bertugas sebagai penguat kuasa dilaporkan cedera selepas dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di kawasan Pasar Batu 8, di sini, kira-kira jam 2.30 petang semalam. Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menegur seorang penjual rokok supaya tidak menjual rokok di kawasan berkenaan. Menurut mangsa, teguran tersebut bagaimanapun tidak diterima baik sehingga mencetuskan perselisihan faham antara dirinya dan penjual terbabit. Pertengkaran mulut kemudian berlaku sebelum beberapa individu lain yang berada di kawasan itu dipercayai turut campur tangan dan bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai. Mangsa dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kepala serta belakang badan akibat kejadian berkenaan. Susulan insiden itu, mangsa membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan serta tind...

Arthur Joseph Kurup Terajui BN Sabah, Isyarat Baharu Politik Lebih Stabil

Imej
SANDAKAN – Barisan Nasional (BN) Sabah memasuki fasa baharu apabila Dato’  Sri Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Ketua BN Sabah, satu langkah yang dilihat mampu memperkukuh struktur kepimpinan gabungan itu di peringkat negeri serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap hala tuju politik Sabah. Pelantikan tersebut disifatkan sebagai strategi penting dalam usaha memperkasakan peranan BN di Sabah melalui pendekatan yang lebih inklusif, berteraskan pengalaman tempatan dan menitikberatkan kestabilan politik demi kepentingan rakyat. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, atas keputusan yang disifatkan tepat dan berwawasan dalam memastikan BN kekal relevan, bersatu serta berdaya saing di negeri ini. Arthur yang juga Presiden PBRS dilihat memiliki pemahaman mendalam terhadap landskap politik Sabah, termasuk kepelbagaian masyarakat serta keperluan pembangunan...

Alex TK Wong Bertindak Pantas, Lambakan Sampah di PPH Karamunting Dibersihkan Serta-Merta

Imej
SANDAKAN, 13 Dis – Isu lambakan sampah di sebuah stesen pengumpulan sisa pepejal berskala besar di luar kawasan Perumahan Rakyat PPH Karamunting berjaya ditangani dengan segera hasil campur tangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Alex TK Wong. Stesen pengumpulan sampah berkenaan sebelum ini berdepan masalah pembersihan yang tidak konsisten, menyebabkan sampah kerap melimpah, sekali gus menjejaskan kebersihan serta imej persekitaran kawasan tersebut. Menurut Alex TK Wong, sebaik menerima aduan daripada penduduk setempat, beliau terus menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan menyelaras tindakan pembersihan. Susulan itu, kakitangan serta lori pengangkut sampah telah dihantar ke lokasi dan kerja-kerja pembersihan berjaya diselesaikan pada hari yang sama. Beliau menjelaskan bahawa kadar penggunaan stesen sampah tersebut adalah tinggi, namun kekerapan kutipan tidak mencukupi, menyebabkan sisa pepejal cepat terkumpul. Keadaan itu turut mengakibatkan sebahagian sampah...