Himbaan Coffee Meriahkan Downtown Sandakan Night Market dengan Kopi Premium Arabika

Disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah


SANDAKAN, 1 Jun – Himbaan Coffee Stall kini dibuka secara rasmi di Downtown Sandakan Night Market (Tembok Bandar Sandakan) setiap hari Jumaat hingga Ahad, bermula dari jam 4 petang hingga 11 malam. Istimewa sempena Cuti Sambutan Hari Kaamatan di negeri Sabah hari ini, Himbaan Coffee memulakan operasinya dengan menawarkan kopi premium Arabika yang dipanggang secara tradisional, tersedia dalam pelbagai jenis dan perisa.


Himbaan Coffee diasaskan oleh anak jati Sandakan, Datu Dr. Al Fazhir bersama pasangannya yang menetap di Bundu Tuhan. Pasangan ini bertekad untuk memperkenalkan citarasa kopi tempatan berkualiti tinggi yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa, bermula dari tanah air sendiri.



Orang ramai dijemput untuk berkunjung dan menikmati sendiri keunikan rasa kopi Himbaan yang pastinya memikat selera pencinta kopi sejati. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kehangatan aroma kopi premium di tengah-tengah kemeriahan pasar malam Sandakan!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'