ADUN DILANTIK, DATUK JAFFARI WALIAM ISU JANJI PENGHAPUSAN HUTANG PENDIDIKAN OLEH WARISAN


KOTA KINABALU, 6 Ogos 2025
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Jaffari Waliam, membidas janji Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, untuk melupuskan hutang pendidikan seperti PTPTN dan Yayasan Sabah sekiranya parti itu kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Datuk Jaffari menyifatkan kenyataan tersebut sebagai populis dan terdesak, menggambarkan kegagalan Warisan semasa mentadbir negeri antara 2018 hingga 2020.

“Kalau benar ikhlas mahu bantu rakyat, mengapa tidak dilaksanakan semasa Warisan mentadbir? Pada masa itu Shafie adalah Ketua Menteri dan Yayasan Sabah di bawah pentadbiran beliau,” katanya.

Menurut beliau, janji penghapusan hutang itu hanya satu manipulasi emosi pengundi muda yang sedang dihimpit beban kewangan. Beliau turut memberi amaran agar rakyat tidak terpedaya dengan retorik menjelang pilihan raya.

“Rakyat Sabah sudah serik dengan politik kosmetik seperti ini. Jangan gadaikan masa depan anak-anak Sabah kerana janji kosong.”

Datuk Jaffari juga mempersoalkan realiti pelaksanaan janji tersebut, memandangkan tiada satu pun kerajaan negeri di Malaysia yang pernah berjaya melupuskan sepenuhnya hutang PTPTN.

“Di Sarawak sekalipun, hanya 30% pinjaman ditanggung kerajaan. Dari mana Warisan mahu cari dana untuk lunaskan semuanya?”

Tambah beliau, janji sedemikian berisiko membebankan kewangan negeri dan menjejaskan pelaksanaan dasar-dasar penting seperti infrastruktur luar bandar, pendidikan teknikal, kesihatan, dan pembasmian kemiskinan.

Sebagai alternatif, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sedang giat melaksanakan inisiatif pendidikan yang lebih pragmatik dan bertanggungjawab, berbanding janji populis tanpa asas kewangan yang kukuh.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'