Alex TK Wong mula tunjuk komitmen di Karamunting — calon Warisan seterusnya
Sandakan, 28 Oktober 2025, Nama Alex TK Wong kini mula menjadi sebutan di kawasan Karamunting selepas kelibat beliau semakin kerap dilihat turun padang bersama masyarakat setempat.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada Parti Warisan, gerak kerja awal yang dijalankan oleh Alex mencetuskan tanda tanya sama ada beliau bakal menjadi calon Warisan bagi kerusi Karamunting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beberapa penduduk tempatan menyatakan mereka menghargai kehadiran beliau yang aktif menyantuni komuniti dari program kebajikan, gotong-royong hingga lawatan ke kawasan perumahan dan penjaja kecil.
“Dia datang bukan masa pilihan raya saja. Kami nampak usaha dia mahu dengar masalah penduduk,” kata seorang peniaga di Pasar Umum Karamunting.
Sementara itu, sumber dalaman Warisan tidak menolak kemungkinan Alex akan dicalonkan, namun menegaskan bahawa semua keputusan rasmi akan diumumkan oleh pucuk pimpinan parti kelak.
Apa pun status rasminya, langkah awal Alex TK Wong dilihat sebagai isyarat kesungguhan untuk memperkukuh sokongan akar umbi di kawasan yang pernah menjadi kubu penting Warisan itu.
Adakah Alex TK Wong akan menjadi wajah baharu Warisan di Karamunting?
Mungkin jawapannya bakal terungkai tidak lama lagi.
Ulasan
Catat Ulasan