Fazil Ajak Tegaskan PBRS Batu Sapi Komited Sokong Penuh Dua Calon BN di Sekong & Karamunting



SANDAKAN – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Batu Sapi menegaskan komitmen mereka untuk menyokong penuh kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Fazil Ajak, Ketua Bahagian PBRS Batu Sapi juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat, berkata sokongan itu diberikan khususnya kepada calon BN dari MCA dan UMNO.

“Bagi PBRS Bahagian Batu Sapi, khusunya di N.53 Sekong, saya secara peribadi yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat pasti menyokong penuh kedua-dua calon BN yang datang daripada MCA dan UMNO,” ujar beliau.

Di Karamunting sebentar tadi, Fazil hadir bersama calon BN, Dato’ Chin Kim Hiun. Beliau menyatakan keyakinan terhadap gerak kerja calon tersebut dan berharap agar penduduk di kawasan Batu Sapi, khususnya Karamunting, memberi sokongan penuh melalui undian yang akan dibuat pada 29 November ini.

“Kali ini, kita melihat bahawa lambang Dacing/Timbangan ini ada setelah beberapa tahun kita menunggu di kedua-dua tempat iaitu Sekong dan Karamunting,” tambah Fazil.

Beliau menekankan bahawa sokongan PBRS di peringkat bahagian adalah komited dan teguh, selaras dengan semangat kerjasama dalam Barisan Nasional, bagi memastikan calon-calon parti meraih kemenangan di kawasan masing-masing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'