Laungan “Katak Kata Katak” Gegar Tapak Penamaan Calon Batu 6 — Sindiran Buat Calon Lompat, Sokongan Padu Beralih kepada Alex TK Wong
Oleh Mus Fardil
SANDAKAN - Laungan “katak katak” bergema di tapak penamaan calon di Jabatan Perhutanan Batu 6 pagi ini, apabila ribuan penyokong Warisan hadir memberikan sokongan penuh kepada calon mereka sambil menyindir dua figura politik yang dikaitkan dengan budaya lompat parti, iaitu George Hiew dan Datuk Chew Kok Woh. Tindakan kedua-dua tokoh itu yang beberapa kali bertukar platform politik menjadikan mereka sasaran ejekan sepanjang proses penamaan.
Sorakan para penyokong bukan sekadar sindiran, tetapi mesej jelas menolak politik tidak konsisten yang sering merugikan pengundi. Mereka menegaskan bahawa rakyat mahukan pemimpin yang setia, bukan individu yang berubah haluan mengikut kedudukan dan kepentingan semasa.
Dalam suasana penuh warna itu, nama Alex TK Wong disebut paling lantang, dengan penyokong melaungkan keyakinan bahawa kerusi N.54 kini mempunyai calon terbaik untuk membawa semula kestabilan dan suara rakyat Karamunting. Sambutan kuat di Batu 6 turut menggambarkan momentum positif untuk Warisan sejak awal hari kempen.
Pemerhati politik tempatan menyifatkan suasana di tapak penamaan calon sebagai petanda awal bahawa isu lompat parti menjadi antara naratif utama yang akan mempengaruhi pengundi, dan laungan penyokong hari ini memberikan gambaran jelas tentang mood rakyat menjelang PRU DU 17 Sabah.
Ulasan
Catat Ulasan