Konvoi Solidariti 2.0 #JusticeForZara di Sandakan Disambut Meriah
SANDAKAN – Konvoi Solidariti 2.0 #JusticeForZara yang berlangsung di Sandakan hari ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat, peserta konvoi serta sukarelawan yang hadir memberikan sokongan padu.
Pengerusi Konvoi, Datu Hj Nasiruddin Datu Gulam, dalam ucapan terima kasihnya menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana program tersebut dapat berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.
“Penyertaan tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja mencerminkan semangat kesatuan dan kepedulian rakyat Sandakan, tetapi juga menjadi simbol solidariti kita dalam menuntut keadilan buat arwah adik Zara Qairina,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa keselamatan, marshal, penaja, penyumbang serta masyarakat Sandakan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran konvoi.
Konvoi ini diadakan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan menuntut keadilan buat arwah adik Zara Qairina, sekali gus menjadi platform memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.
“Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan diberkati Allah SWT. Kita teruskan perjuangan menuntut keadilan dengan penuh hikmah, semangat dan kebersamaan,” tambah beliau.
Konvoi Solidariti 2.0 ini sekaligus membuktikan sokongan masyarakat Sandakan terhadap isu kemanusiaan dan keadilan, di samping menonjolkan kesatuan rakyat dalam memperjuangkan suara mereka.
TAMAT
Ulasan
Catat Ulasan