Keprihatinan Ketua Bahagian: Amirshah Yaakub Agih Sumbangan Air Mineral di DUN Sibuga


Oleh Mus Fardil Abdullah


SANDAKAN -Ketua Bahagian DUN Sungai Sibuga N.52, Datuk Amirshah Yaakub, hari ini menyumbangkan sebanyak 1,000 karton air mineral kepada penduduk yang terkesan akibat masalah bekalan air di kawasan DUN Sungai Sibuga.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Dengan keprihatinan beliau, kita dapat menyalurkan sebanyak 1,000 karton air mineral kepada penduduk di DUN Sungai Sibuga. Seawal jam 8.30 pagi tadi, kita telah menggerakkan ahli jawatankuasa bahagian PGRS Sungai Sibuga untuk mengambil bekalan di kilang K2 sebelum diagihkan ke kawasan yang terjejas.


Antara lokasi yang menerima sumbangan ialah PPR Batu Putih, Kampung Tinusa 2, serta Apartment Sejati Batu 7. Rata-rata penduduk di sini terkesan akibat kekangan bekalan air sejak 2 hingga 3 hari lalu. Sebelum ini kita juga telah menghantar bantuan menggunakan lori tangki, dan usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.


Saya yakin kerajaan hari ini adalah kerajaan yang stabil kerana rakyat telah memilih GRS. Jika kita lihat, pelbagai bentuk kemudahan serta bantuan bencana alam telah diberikan di bawah kepimpinan YAB Presiden Parti yang juga Ketua Menteri Sabah.


Perlu saya tekankan, usaha ini bukan hanya dilakukan pada musim pilihan raya, tetapi menjadi pendekatan berterusan kita demi kebaikan rakyat. Apa juga keperluan masyarakat, itu yang kita akan utamakan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Apartment Taman Sejati, Puan Rosminah binti Saat, mewakili penduduk turut merakamkan penghargaan.


“Bagi pihak penduduk di Apartment Taman Sejati, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor melalui Gagasan Rakyat dan Datuk Amirshah Yaakub kerana menyalurkan bantuan air mineral kepada kami.

Sejak KRT kami ditubuhkan, Datuk Amirshah sentiasa mengambil berat dan banyak membantu kami. Kami semua sangat bersyukur dengan keprihatinan beliau, malah seluruh penduduk di sini amat menghargainya. Kami juga memberikan sokongan penuh agar Datuk terus berjaya di kawasan DUN Sungai Sibuga,” katanya.


TAMAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'