Solidariti Sandakan: Konvoi #JusticeForZara Kembali Menggegarkan Sandakan

      Oleh Mus Fardil Abdullah 


Sandakan: Suasana solidariti dijangka membara pada 16 September ini apabila Konvoi JusticeForZara 2.0 diadakan di Kompleks Sukan Batu 5, Sandakan, bermula jam 3 petang hingga 5 petang. Konvoi ini dianjurkan bagi memperingati dan menuntut keadilan untuk Arwah Adik Zara Qairina, dengan laluan melalui Kompleks Sukan, Jalan Batu Sapi, Bandar Sandakan, dan berakhir di Masjid Sim-Sim.

Penganjur utama menegaskan bahawa konvoi ini bukan sekadar simbol, tetapi satu panggilan kepada masyarakat untuk bersatu. Datu Hj Nasiruddin Datu Gulam berkata, “Keadilan bukan hanya hak keluarga, tetapi tanggungjawab seluruh masyarakat. Bersama kita tegakkan hak Arwah Zara.” Menyokong usaha itu, Syaidin Yusuff menambah, “Perjuangan ini memastikan suara mangsa didengar dan keadilan ditegakkan tanpa kompromi.”

Surat pemakluman telah dihantar ke IPD Sandakan

Datu Asshed Fairuz Datu Gulam menyifatkan setiap langkah konvoi sebagai lambang solidariti dan sokongan moral kepada keluarga mangsa. Nicky pula menyatakan, “Tiada kata yang cukup untuk menggambarkan kehilangan ini, tetapi bersama-sama kita boleh menuntut keadilan.” Sementara itu, Liza Abidin menyeru masyarakat Sandakan agar bersatu, “Bersatu kita kuat. Mari tunjukkan bahawa masyarakat tidak berdiam diri terhadap ketidakadilan.”


Penganjur mengajak seluruh masyarakat Sandakan untuk hadir dan menunjukkan sokongan dalam konvoi ini, yang dijangka menjadi platform penting bagi rakyat bersatu menuntut keadilan untuk Arwah Zara Qairina.


TAMAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'