“Bukan Baru Timbul” Alex Wong Tegaskan Sudah Lama Berkhidmat di Karamunting
Oleh Mus Fardil
Sandakan, 31 Okt — Ketua Bahagian Warisan DUN Karamunting, Alex TK Wong, menepis dakwaan bahawa beliau hanya baru aktif di kawasan itu, sambil menegaskan bahawa khidmatnya kepada masyarakat setempat telah bermula sejak tahun 2018 lagi.
Alex berkata, sejak awal penglibatannya dalam politik tempatan, beliau sentiasa turun padang membantu masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan.
“Ramai tahu saya sudah lama bersama penduduk Karamunting, bukan hanya ketika musim pilihan raya. Saya terlibat membantu keluarga memerlukan, menghadiri program komuniti dan menyelesaikan isu-isu rakyat di lapangan,” katanya ketika ditemui.
Beliau turut menegaskan bahawa perjuangannya dalam Warisan bukan sekadar berpolitik, tetapi berasaskan niat untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan membawa pembangunan yang seimbang di kawasan itu.
“Orang boleh bercakap apa saja, tetapi saya percaya kerja nyata lebih kuat daripada kata-kata. Apa yang penting ialah kesinambungan khidmat kepada rakyat,” tambahnya.
Alex Wong dikenali sebagai seorang pemimpin yang mudah didekati dan aktif dalam pelbagai inisiatif masyarakat, termasuk bantuan kebajikan, kebersihan awam, serta aktiviti belia di sekitar Karamunting.
Ulasan
Catat Ulasan