Bekas Staf Menang Kes Mahkamah Terhadap Syarikat AJ Production

     Faridulhakim Keempat dari Kiri


Sandakan : Bekas staf, Faridulhakim bin Dullah, akhirnya memperoleh keadilan selepas Mahkamah memutuskan kemenangan berpihak kepadanya pada 31 Oktober 2025 dalam kes sivil melibatkan kegagalan pembayaran elaun serta tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh pihak majikan.

Kes berkenaan melibatkan sebuah syarikat produksi tempatan yang berpangkalan di Sandakan,

Dalam prosiding itu, Faridulhakim bin Dullah bertindak sebagai Defenden, manakala syarikat berkenaan, Syarikat AJ Production, merupakan Plaintif.


Mahkamah dalam keputusannya mendapati bahawa Syarikat AJ Production telah melanggar tanggungjawab terhadap pekerjanya dengan tidak menunaikan bayaran elaun seperti yang dijanjikan, selain melakukan tindakan fitnah yang menjejaskan reputasi Defenden.

Susulan keputusan tersebut, Mahkamah mengarahkan Syarikat AJ Production membayar ganti rugi kepada Defenden atas kerugian dan kesan yang dialami. 

Faridulhakim bin Dullah dibela oleh peguam Tuan Azhier Farhan daripada agensi Messrs. Azhier Arisin & Jaafar, dan dibantu oleh Puan Hashimah, yang memberikan perkhidmatan profesional sehingga kemenangan ini dicapai.

Keputusan ini bukan sahaja dianggap sebagai kemenangan peribadi buat Faridulhakim, tetapi turut menjadi simbol keadilan kepada semua pekerja yang pernah berdepan layanan tidak adil di tempat kerja.

Ulasan

  1. Terima kasih Sandakan viral

    Alhamdulillah

    Tahniah anakku Faridul Hakim

    Bila kita jujur dalam setiap aspek kehidupan, Tuhan pasti akan berpihak kepada kita.

    Kemenangan hari ini bukan sekadar kejayaan, tapi satu lonjakan untuk kamu menjadi lebih matang dalam mengenali liku-liku kehidupan.

    Perjalanan hidupmu masih panjang
    Selagi kita hidup, selagi itulah pelbagai halangan dan rintangan akan datang.

    Hadapilah semuanya dengan ketenangan, dan serahkan segalanya kepada Pencipta.

    Hidup adalah perjuangan, perjuangkanlah!
    Laluilah setiap prosesnya dengan hati yang kuat dan jiwa yang tenang.

    U Are the best

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'