JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah


SANDAKAN - Rombongan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam di kawasan Tanah Merah susulan aduan orang awam yang mendakwa berlaku pengebumian bukan Islam di kawasan tersebut.

Lawatan berkenaan bertujuan mendapatkan maklumat lengkap dan meninjau sendiri lokasi bagi memastikan kesahihan aduan yang diterima.

Hasil tinjauan awal mendapati terdapat beberapa amalan di kawasan perkuburan yang dilihat kurang sesuai dan bercanggah dengan adab serta tatacara Islam, antaranya meletakkan cermin di atas kubur, botol susu, kelambu dan sebagainya.


Sehubungan itu, JHEAINS menasihatkan masyarakat agar merujuk kepada pejabat agama berhampiran atau mendapatkan pandangan daripada ustaz dan ustazah yang arif dalam hal-hal berkaitan pengurusan jenazah serta adab di tanah perkuburan.

“Adalah penting bagi kita semua memastikan setiap urusan dan amalan yang dilakukan di tanah perkuburan Islam selaras dengan syariat bagi menjaga kesucian agama,” ujar Sufan Bahrin.

JHEAINS akan terus memantau serta menjalankan siasatan lanjut berhubung aduan tersebut bagi memastikan kejelasan dan ketertiban urusan pengurusan tanah perkuburan Islam terpelihara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'