Maxim & Zlata Kerjasama Lindungi Pemandu E-hailing dengan Insurans Lebih Mudah

Oleh Mus Fardil Abdullah

KUALA LUMPUR – Syarikat e-hailing Maxim kini bekerjasama dengan agensi insurans Zlata bagi menyediakan perlindungan khas yang lebih mudah diakses oleh pemandu di seluruh Malaysia.

Melalui kerjasama ini, pemandu e-hailing akan mendapat perlindungan insurans yang meliputi pelbagai situasi termasuk kemalangan, kecederaan dan kerosakan kenderaan ketika menjalankan tugas, sama ada semasa mengambil penumpang, dalam perjalanan atau selepas selesai trip. Ini bermakna, jika berlaku kejadian tidak diingini, pemandu tidak perlu menanggung sepenuhnya kos yang boleh menjadi beban kewangan.


Selain itu, Zlata turut membantu menguruskan perkara berkaitan seperti perkhidmatan tunda, urusan tuntutan insurans serta komunikasi dengan pihak insurans, sekali gus mempercepatkan proses dan mengurangkan tempoh kenderaan tidak dapat digunakan.


Bagi memudahkan lagi, skim “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” turut diperkenalkan supaya pemandu tidak perlu membayar kos insurans secara sekaligus. Ini memberi peluang kepada lebih ramai pemandu untuk mendapatkan perlindungan tanpa tekanan kewangan.

Sebagai nilai tambahan, pemandu yang melanggan polisi ini juga akan menerima bateri kereta percuma bersama jaminan, yang dapat membantu menjimatkan kos tahunan.


Maxim menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan pemandu sentiasa menjadi keutamaan, dan inisiatif ini diharap dapat memberikan ketenangan serta perlindungan yang lebih baik kepada mereka ketika mencari rezeki.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Bekas Staf Menang Kes Mahkamah Terhadap Syarikat AJ Production

“Bukan Baru Timbul” Alex Wong Tegaskan Sudah Lama Berkhidmat di Karamunting