RM58,579 Disalurkan Bantu Mangsa Kg Bahagia, Lions Club Turun Padang 6 Hari Berturut-Turut

oleh Mus Fardil Abdullah

SANDAKAN: Prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa di Kampung Bahagia, Lions Clubs International Foundation bersama Lions Club Sandakan Selingan telah melaksanakan misi kemanusiaan dengan jumlah sumbangan keseluruhan dianggarkan bernilai RM58,579.24.

Misi bantuan yang berlangsung selama enam hari bermula 20 Mei hingga 25 Mei itu melibatkan penyediaan makanan secara gotong-royong untuk mangsa-mangsa terjejas, selain penyaluran pelbagai keperluan asas kepada penduduk.


Program berkenaan turut disertai District Governor 308-A2, Dato Winnie Lee Siew Ping, President Santhi RG Krishnan, Mantan President Michael Raymond Tan serta ahli-ahli Lions Club Sandakan Selingan yang turut turun padang menjayakan misi tersebut.

Antara bantuan disalurkan termasuk barangan basah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, minyak masak, telur, beras dan lain-lain bahan keperluan untuk dimasak sepanjang tempoh operasi bantuan tersebut.


Selain itu, bantuan lain seperti susu bayi, ayunan bayi, pampers bayi, air minuman serta pelbagai keperluan harian turut diagihkan kepada keluarga yang memerlukan bagi membantu meringankan beban mangsa terjejas.


Misi kemanusiaan itu mencerminkan semangat prihatin dan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan penduduk yang terkesan terus terbela.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Bekas Staf Menang Kes Mahkamah Terhadap Syarikat AJ Production

“Bukan Baru Timbul” Alex Wong Tegaskan Sudah Lama Berkhidmat di Karamunting