Jambatan 5, Tinusa 2 Roboh Perlu Pembaikan Semula
Disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah
TINUSA 2, SANDAKAN – Jambatan 5 yang terletak di kawasan Tinusa 2 dilaporkan roboh dan kini berada dalam keadaan membahayakan penduduk setempat.
Insiden ini turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa apabila murid-murid sekolah terpaksa melalui kawasan tersebut dalam keadaan tidak selamat. Penduduk berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi membaiki jambatan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti.
-- Sandakan Viral Kini
Ulasan
Catat Ulasan