Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'
Disiarkan oleh Rahmat Rahim
Sandakan – Itulah alasan seorang peniaga kepada pembeli selepas mendapati ikan yang dijualnya sudah buruk dan tidak segar: “Sebab murah.
Insiden itu tular selepas satu video dimuat naik ke media sosial memaparkan seorang wanita mempertikaikan keadaan ikan yang dibelinya di sebuah pasar di daerah ini.
Dalam video berdurasi lima minit 20 saat itu, kelihatan wanita terbabit menunjukkan ikan yang sudah berubah warna dan berbau, sambil mempersoalkan tindak peniaga menjual barangan yang tidak layak dimakan.
Apa yang mengejutkan netizen ialah jawapan peniaga terbabit yang hanya menjawab, “Kalau mau pigi ke pasar jangan cari yang murah.” Kenyataan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai yang menganggap peniaga tersebut tidak bertanggungjawab dan mengutamakan keuntungan semata-mata.
Video berkenaan telah meraih lebih 90,000 tontonan dalam masa 24 jam, dengan ribuan komen mengecam sikap sambil lewa peniaga terbabit.
”Astaga yg murah tu ikan buruk ka.. Aiiina agak2 la nie bukan binatang weyy mcik.. Hbis mcik mhu ka di kasih mkn ikan buruk mhu untung saja bah.. Aduiii," tulis seorang pengguna.
"Murah pun sama juga beli... Pakai duit kak. Bukan free," komen seorang lagi
-- Sandakan Viral Kini
Ulasan
Catat Ulasan