KPDN Sandakan Siasat Aduan Ikan Tidak Segar di Pasar Basah Sibuga Batu 8

Disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah

SANDAKAN, 15 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan telah menjalankan siasatan terhadap aduan tular berhubung penjualan ikan tidak segar di Pasar Basah Sibuga Batu 8 baru-baru ini.



Pemeriksaan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa mendapati penanda harga barangan diletakkan dengan jelas dan alat penimbang yang digunakan oleh peniaga berada dalam keadaan baik serta masih dalam tempoh sah.

Walaupun tiada pelanggaran serius dikesan dalam aspek pelabelan harga dan timbangan, KPDN telah memberikan nasihat secara lisan kepada para peniaga agar sentiasa memastikan kualiti barangan, khususnya hasil laut, berada dalam keadaan segar dan bersih demi menjaga kepuasan serta keselamatan pengguna.

Menurut KPDN Sandakan, pemantauan akan terus dijalankan secara berkala bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan, termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta Akta Perlindungan Pengguna.

Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan aduan atau maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti penjualan barang rosak atau tidak mematuhi peraturan menerusi saluran rasmi yang disediakan oleh KPDN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'