Rakaman 4 Saat di Sandakan Undang Kemarahan: Anggota JPJ Terjatuh Kejar Motosikal

disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah

Sandakan : Satu rakaman video berdurasi empat saat yang memaparkan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terjatuh ketika mengejar seorang penunggang motosikal di Sandakan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen. 

Kejadian yang berlaku tengah hari tadi dipercayai berlaku semasa operasi penguatkuasaan dijalankan.  Dalam rakaman tular tersebut, penunggang motosikal berkenaan dilihat enggan berhenti apabila diarahkan, sebaliknya bertindak melarikan diri. 

Anggota JPJ yang cuba mengejarnya tersadung dan terjatuh ke atas jalan.  Walaupun insiden tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, ia menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatan petugas penguat kuasa. 

Video berkenaan telah menerima lebih 300,000 tontonan dan lebih 300 komen di Facebook, dengan rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab serta membahayakan nyawa orang lain. 

-- Sandakan Viral Kini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'