RAMAI BUDAK MOTOR BERLUMBA DI BANDAR PRIMA: BSPT SANDAKAN LAKSANA OPERASI KHAS
Sandakan- Susulan aduan tular mengenai kegiatan lumba haram di sekitar Bandar Prima, terutama pada malam minggu dan Sabtu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sandakan telah menjalankan operasi khas bermula malam 19 hingga awal pagi 20 Julai 2025.
Operasi itu melibatkan kawasan tumpuan seperti Batu 4 hingga Batu 8, merangkumi Bandar Kimfung, Indah, Prima, Megah dan Sibuga Jaya.
Menerusi kenyataan di laman rasmi BSPT Sandakan, pihak mereka memaklumkan,
“Penguatkuasaan akan dilakukan secara total dan berterusan demi kesejahteraan masyarakat Sandakan.”
Sebagai pihak media, kami mengingatkan orang ramai bahawa kegiatan lumba haram merupakan satu kesalahan serius di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun, serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
Ulasan
Catat Ulasan