Spotlight Terangi Jalan Masuk Tokong, Inisiatif Calon N.55 Elopura Demi Keselamatan

Disiarkan oleh Mus Fardil Abdullah

SANDAKAN: Pertubuhan Saudara Agama Buddha Sandakan hari ini menerima sumbangan sebuah spotlight bagi menerangi simpang jalan masuk ke tokong yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan utama.

Calon Parti Impian Sabah (PIS) bagi N.55 Elopura, Jeffery Chung, berkata sumbangan tersebut dibuat setelah mengambil kira keadaan kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai pencahayaan, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan terutamanya pada waktu malam.


“Pemasangan spotlight ini adalah langkah proaktif bagi mengurangkan risiko kemalangan, meningkatkan tahap keselamatan, dan memberikan kemudahan kepada para penganut serta penduduk yang melalui laluan ini,” jelas Jeffery.

Pihak pertubuhan menyambut baik inisiatif ini dan menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan terhadap keperluan masyarakat setempat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'