Alex Wong Hadiri Majlis Kenduri Arwah Nordin Awang di Kg Bukit Nenas Karamunting
Oleh Mus Fardil
Sandakan, 29 Oktober – Ketua Bahagian Parti Warisan DUN Karamunting, Alex TK Wong, hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Kenduri Arwah sempena hari ketujuh pemergian arwah Nordin Awang di Kampung Bukit Nenas, Karamunting.
Arwah Nordin Awang yang berasal dari kampung berkenaan telah meninggal dunia pada 23 Oktober lalu di Johor, dan jenazahnya diterbangkan pulang dari Kuala Lumpur ke Sandakan sehari selepas pemergian.
Alex Wong turut menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan keluarga arwah dalam majlis tersebut.
Beliau berkata, “Hari ini saya sangat bersyukur kerana telah dapat menghadiri Majlis Kenduri Arwah sempena hari ke-7 di Kg. Bukit Nenas, Karamunting. Semoga seluruh keluarga sentiasa diberikan kesihatan dan rezeki, dan semoga arwah tenang dan damai di sana.”
Selepas majlis itu, Alex Wong turut meluangkan masa makan bersama isterinya sebelum meneruskan beberapa urusan komuniti di sekitar kawasan Sandakan.
Ulasan
Catat Ulasan