Alias Haji Sani sangkal poster tular kaitkan dirinya dengan PN
Oleh Mus Fardil Abdullah
SANDAKAN, 22 OKTOBER — Bekas ADUN Sekong, Datuk Alias Haji Sani tampil menafikan poster tular di media sosial yang mendakwa beliau akan bertanding di kawasan Sekong atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Poster berkenaan turut dimuat naik semula menerusi akaun Facebook rasminya dengan tanda merah bertulis “FITNAH” sebagai penafian terbuka terhadap dakwaan tersebut.
Dalam hantaran sama, Alias menulis kapsyen berbunyi:
“PERJUANGAN UNTUK RAKYAT SABAH DAN WILAYAH SABAH ADALAH HARGA MATI!..”
Langkah itu memperlihatkan pendiriannya kekal bersama perjuangan Warisan yang berteraskan rakyat, menepis spekulasi mengenai pembabitannya dengan PN.
Ulasan
Catat Ulasan