Lebih 250 Ahli UMNO & BN Sertai Parti Warisan, Isyarat Gelombang Baharu di Karamunting

Oleh  Mus Fardil

SANDAKAN, 27 Okt: Suasana politik di Karamunting semakin hangat apabila lebih 250 ahli baharu, termasuk ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN), mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan dalam satu majlis penyerahan keahlian yang berlangsung penuh semangat di pejabat kawasan Alex TK Wong.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sandakan, Alex TK Wong, berkata penyertaan besar-besaran ini membuktikan semakin ramai rakyat akar umbi hilang keyakinan terhadap kerajaan sedia ada yang disifatkan gagal menunaikan janji serta mengabaikan kepentingan rakyat.

“Mereka memberitahu saya bahawa kehidupan mereka semakin sukar sejak lima tahun kebelakangan ini. Harga barang terus naik, peluang pekerjaan berkurang, dan bantuan kerajaan tidak sampai ke tangan rakyat. Mereka bukan sahaja kecewa, malah berasa seolah-olah diketepikan,” katanya.


Menurut beliau, Warisan kekal komited memperjuangkan suara rakyat Sabah dan akan terus turun padang bagi memahami serta menyelesaikan masalah sebenar di peringkat akar umbi.

“Kami mengalu-alukan semua yang sehaluan dengan perjuangan Warisan untuk bersama-sama membawa perubahan sebenar. Hanya dengan perpaduan rakyat Sabah, kita mampu membina masa depan yang lebih adil dan penuh harapan,” tambahnya.


Penyertaan beramai-ramai ini dianggap sebagai petanda jelas perubahan sentimen politik di Karamunting, apabila ramai penyokong lama BN kini beralih arah kepada Parti Warisan dengan harapan dapat melihat kepimpinan yang lebih telus, berkesan dan berpaksikan rakyat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'