“Sabah Perlu Dipimpin Oleh Anak Sabah Sendiri” – Ena Ewil atau Akak Baju Pink Suarakan Sokongan Terhadap Warisan
Oleh Mus Fardil Abdullah
KOTA KINABALU, 8 Okt — Ena Ewil, yang lebih dikenali ramai sebagai Akak Baju Pink, tampil menyuarakan sokongan padu terhadap Parti Warisan, dengan menegaskan bahawa Sabah wajar ditadbir oleh parti tempatan yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat negeri ini.
Menurutnya, antara sebab utama beliau memilih Warisan adalah kerana parti itu memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara serta menampilkan muka-muka baharu yang membawa warna dan semangat segar dalam politik Sabah.
“Nanti kamu akan faham apa yang saya maksudkan dengan hak bersuara bila Warisan jadi kerajaan tanpa campur tangan parti Malaya. Jangan salah faham, saya tak kata parti Malaya tak elok, tapi biarlah Sabah dikemudi oleh parti lokal yang memang anak jati Sabah,” katanya.
Ena turut menggesa agar rakyat memberi peluang kepada pemimpin tempatan untuk menerajui negeri sendiri. Katanya, hanya anak Sabah yang memahami keadaan dan keperluan sebenar negeri ini.
“Mereka lebih tahu dan lebih mahir mengemudi negeri mereka sendiri. Ini negeri mereka. Sabah for Sabahan!” ujarnya penuh semangat.
Mengulas pandangan segelintir pihak yang menyalahkan Warisan kerana hanya memerintah selama dua tahun, Ena menegaskan tempoh itu terlalu singkat untuk menilai keupayaan sebenar sesebuah kerajaan.
“Jangan cakap sudah pernah diberi dua tahun dulu. Dua tahun apa yang boleh buat, bro? Dalam masa dua tahun pun tengok apa jasa mereka, terutama waktu PKP. Ada yang memerintah sampai tujuh tahun pun hasilnya di situ juga,” katanya lagi.
Beliau menutup pesanan dengan seruan kepada rakyat Sabah agar bersatu menolak rasuah dan menegakkan keadilan demi masa depan negeri tercinta.
“Keadilan dan tolak rasuah — ini paling penting. Ayuh, Sabahan fellow! Selamatkan Sabah! Sabah for Sabahan! Warisan,” katanya sambil menandakan pesanan itu dengan nama samaran yang sinonim dengannya — Akak Baju Pink.
— SVK News
Ulasan
Catat Ulasan