Zakaria Idris Gerak 10 Jentera PDM Gum-Gum, Isyarat Awal PRN Semakin Hampir

     Oleh Mus Fardil

SANDAKAN, 22 Oktober —
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Idris hari ini mengadakan mesyuarat persediaan pilihan raya negeri (PRN) bersama 10 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di pejabat parti kawasan Batu 4, Sandakan.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi memperkukuh koordinasi antara kepimpinan bahagian dan jentera akar umbi bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Dalam ucapannya, Datuk Zakaria menegaskan bahawa semangat perpaduan serta kerjasama erat dalam kalangan ahli parti merupakan kunci utama kejayaan di kawasan Gum-Gum.

“Kita mesti bersatu hati, berkhidmat dengan ikhlas dan terus mendekati rakyat. Hanya dengan cara ini kita dapat mengekalkan kepercayaan pengundi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua ketua PDM supaya memperkemas jentera masing-masing, mengenal pasti isu-isu tempatan yang perlu diberi perhatian serta memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan bagi memperkukuh sokongan pengundi di setiap kawasan.

Selain itu, Zakaria turut menekankan kepentingan penggunaan media sosial dan platform digital sebagai medium utama untuk berinteraksi dengan pengundi muda serta menyampaikan mesej perjuangan dan dasar parti dengan lebih berkesan.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh ketua-ketua PDM, pergerakan wanita, angkatan muda dan wakil-wakil masyarakat itu membincangkan pelbagai aspek penting termasuk strategi komunikasi, pengurusan pusat daerah mengundi, latihan sukarelawan dan persiapan logistik kempen.

Perjumpaan itu berakhir dengan semangat perpaduan yang tinggi serta komitmen semua pihak untuk memastikan jentera di kawasan Gum-Gum berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi PRN yang bakal tiba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'