1500 Hadir Gemakan Malam Harapan : Vivian & Ah Ching Rai Gelombang Sokongan


Sandakan, — Lebih daripada 1,500 penduduk membanjiri program Malam Harapan yang berlangsung di Sandakan malam tadi, menandakan lonjakan sokongan menjelang hari pengundian pada 29 November ini.

Acara yang penuh semangat itu menyaksikan kehadiran dua calon DAP, Vivian Wong (Sandakan) dan Tang Szu Ching (N56 Tanjong Papat), bersama Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, yang turun padang bagi memberikan sokongan moral dan politik kepada kedua-dua calon tersebut.


Dalam kenyataannya, calon N56 Tanjong Papat, Tang Szu Ching, berkata kehadiran besar masyarakat setempat memberi isyarat jelas bahawa penduduk Sandakan mahukan kepimpinan yang berprinsip, bersih dan mampu membawa perubahan.

“Sorakan dan semangat yang kita lihat malam ini sangat luar biasa. Saya berharap ia dapat diterjemahkan sebagai undi pada 29 November nanti. Kami akan terus berjuang demi masa depan Sandakan yang lebih baik,” kata Tang.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau dan Vivian Wong berkongsi prinsip kempen serta idealisme politik yang sama, termasuk komitmen memperkukuh pembangunan ekonomi, meningkatkan kebajikan rakyat serta menjaga kestabilan sosial di Sandakan.

Sepanjang acara tersebut, kedua-dua calon turut berkongsi analisis perkembangan pilihan raya dan menjawab persoalan daripada para hadirin. Sorakan gemuruh serta tepukan berpanjangan menunjukkan penerimaan kuat terhadap mesej dan visi yang dibawa mereka.


Kehadiran Loke Siew Fook pula berjaya menyuntik motivasi tambahan, apabila beliau menyeru pengundi Sandakan agar mengekalkan momentum dan memberikan mandat jelas kepada calon-calon DAP bagi memastikan kesinambungan pembangunan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Bekas Staf Menang Kes Mahkamah Terhadap Syarikat AJ Production

“Bukan Baru Timbul” Alex Wong Tegaskan Sudah Lama Berkhidmat di Karamunting