3,000 Karton Air Mineral dan 32 Tangki Sementara Dipasang di Kg Sim-Sim
Oleh Yulianti Saini
SANDAKAN – Sebanyak 32 unit tangki sementara sedang dipasang di keseluruhan Jambatan dan Lorong Kampung Sim-Sim bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air asas sepanjang tempoh gangguan bekalan air di kawasan tersebut.
Menurut Pegawai Penyelaras Parlimen P.186 Sandakan, Tang Szu Ching, pemasangan tangki sementara itu bertujuan menyalurkan air bantuan kepada penduduk secara berperingkat bagi memenuhi keperluan asas harian.
Beliau berkata, selain penyediaan tangki sementara, pasukan turut mengagihkan sebanyak 3,000 karton air mineral kepada penduduk yang terjejas untuk memastikan keperluan air minuman mereka mencukupi.
Tang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha tersebut, termasuk agensi berkaitan dan sukarelawan yang membantu memastikan proses agihan air berjalan lancar serta sampai kepada komuniti yang memerlukan.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan pihak penyelaras terhadap kebajikan penduduk Kampung Sim-Sim serta komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan komuniti terpelihara.
Ulasan
Catat Ulasan