90 Ahli Baharu Sertai Parti Warisan di Karamunting

     Alex Wong menerima borang ahli baru

SANDAKAN, 2 Nov 2025 – Seramai 90 ahli baharu yang diketuai oleh Radiah Usin, sebelum ini ahli Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hari ini mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam Parti Warisan dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Karamunting Baru.

Penyertaan kumpulan tersebut diterima oleh Alex Tk Wong Ketua Bahagian Parti Warisan DUN Karamunting, yang menyambut baik kehadiran mereka dan menyifatkannya sebagai petanda semakin ramai rakyat mula yakin dengan perjuangan dan hala tuju Parti Warisan.


Menurut beliau, kemasukan ahli-ahli baharu ini mencerminkan semangat rakyat Karamunting yang mahu melihat perubahan dan pembangunan lebih baik di bawah pimpinan Warisan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemimpin akar umbi serta penyokong parti yang hadir memberi sokongan kepada ahli-ahli baharu tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Bekas Staf Menang Kes Mahkamah Terhadap Syarikat AJ Production

“Bukan Baru Timbul” Alex Wong Tegaskan Sudah Lama Berkhidmat di Karamunting