Dari Legasi ke Generasi Zharif Aizat Angkat Panji Sekong
SANDAKAN - Zharif Aizat bukan sekadar hadir sebagai calon muda BN, tetapi juga pewaris kepada legasi kepimpinan ayahnya, Datuk Haji Samsudin Yahya, tokoh politik yang pernah mewarnai politik Sabah khususnya di daerah Sandakan.
Sebagai generasi baharu dalam politik tempatan, Zharif membawa imej segar dengan pendekatan yang lebih inklusif serta berfokus kepada agenda pembangunan belia, pemerkasaan ekonomi setempat dan kesinambungan khidmat masyarakat yang telah lama diletakkan oleh ayahnya.
Walaupun masih muda, Zharif dilihat mampu menjelmakan kesinambungan pengalaman keluarga politiknya dengan aspirasi baharu yang lebih sesuai dengan kehendak generasi kini. Kehadirannya turut memberi signal bahawa BN Sekong sedang memberi ruang kepada barisan pelapis untuk memimpin masa depan.
Dengan simbol 01, Zharif Aizat kini melangkah masuk ke gelanggang utama PRN Sabah dengan harapan baharu serta sokongan akar umbi yang semakin mengukuh sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Ulasan
Catat Ulasan