Fazil Turun Padang Ziarah Penduduk Batu Sapi — Tinjau Isu Kemudahan Asas

Oleh Mus Fardil


SANDAKAN - Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) BN Bahagian Sekong yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat Mohd Fazil Ajak, hari ini mengadakan lawatan mesra ke kawasan Batu Sapi bagi berjumpa dan berinteraksi secara langsung dengan penduduk setempat. Lawatan tersebut bertujuan meninjau serta memahami isu-isu berkaitan kemudahan asas yang dihadapi oleh penduduk dalam kehidupan seharian.

Sepanjang lawatan itu, Mohd Fazil mendengar pelbagai aduan dan pandangan daripada penduduk, termasuk masalah jalan rosak, sistem perparitan, kebersihan awam serta pencahayaan jalan yang tidak mencukupi.

Beliau berkata, lawatan ini merupakan usaha untuk mendapatkan maklumat secara langsung di peringkat akar umbi dan membantu menyampaikan permasalahan rakyat kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi tindakan susulan.

“Sebagai pemimpin di peringkat kawasan, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan suara rakyat didengari. PBRS akan terus komited memperjuangkan isu kemudahan asas dan pembangunan komuniti demi kesejahteraan penduduk Batu Sapi,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan turun padang seperti ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada pemimpin untuk melihat sendiri keadaan sebenar serta memahami keperluan rakyat dengan lebih mendalam.

Penduduk yang ditemui turut menyambut baik kehadiran Mohd Fazil dan berterima kasih atas keprihatinan beliau. Mereka berharap agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa bagi memperbaiki kemudahan asas di kawasan Batu Sapi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'