Mahkamah Sahkan Pengangkatan: Usaha Vivian Wong Bawa Titik Tamat Isu Dokumentasi

Oleh Mus Fardil

Sandakan — Seorang anak Sandakan yang sekian lama berdepan isu dokumentasi kelahiran akhirnya mendapat kepastian yang dinanti-nantikan apabila mahkamah mengesahkan proses pengangkatannya secara rasmi. Keputusan itu menamatkan ketidakpastian yang membelenggu kanak-kanak tersebut dan membuka jalan kepada akses pendidikan, kesihatan serta hak-hak asas sebagai warganegara.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, yang mengumumkan perkembangan itu, menyifatkannya sebagai satu kemenangan penting hasil kerjasama rapat antara Pejabat Parlimen Sandakan dan pasukan guaman yang diketuai Peguam Larina Wong.

Menurut Vivian, usaha menyelesaikan kes dokumentasi kompleks seperti ini memerlukan ketekunan dan komitmen jangka panjang.

“Kami tidak kisah melangkah lebih jauh, kerana melihat hasil seperti ini menjadikan setiap usaha benar-benar berbaloi,” katanya.

Kes ini mengambil masa lebih setahun untuk diselesaikan, melibatkan pelbagai peringkat semakan dan pembuktian bagi memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak tersebut terjamin.

Dalam kenyataannya, Vivian turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan guaman yang komited sepanjang proses tersebut.

 “我们做到了。每一分努力都是值得的。”
Kita telah berjaya. Setiap usaha itu berbaloi.

Vivian menegaskan bahawa advokasi isu dokumentasi kekal menjadi antara keutamaan perkhidmatannya di Sandakan, kerana ia terus menjejaskan ramai keluarga yang tidak mampu menyelesaikan proses rumit secara bersendirian.

Beliau menutup kenyataannya dengan komitmen jelas: “Selagi ada yang memerlukan bantuan, kami akan teruskan usaha ini — #DemiSandakan.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'