Paip Bocor di Casa San Uno Selesai Dibaiki, Nasalim Masih Dalam Pembaikan
Oleh Mus Fardil
Sandakan, 8 November 2025 – Kerja-kerja pembaikan paip utama penghantaran air terawat jenis MSCL bersaiz 1200mm yang bocor di hadapan Taman Casa San Uno telah berjaya disiapkan.
Penyelaras Parlimen P.186 Sandakan, Tang Szu Ching, memaklumkan bahawa kerja pembaikan di lokasi tersebut selesai sepenuhnya pada jam 8.00 malam semalam, selepas pasukan Jabatan Air mengenal pasti lokasi kebocoran dan melaksanakan pembaikan segera.
Bagi lokasi kedua di hadapan Taman Nasalim, kerja-kerja pembaikan masih sedang dijalankan dan dijangka akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya.
Penduduk yang terjejas disarankan untuk menggunakan air secara berhemah sementara kerja pembaikan dijalankan.
Ulasan
Catat Ulasan