Paip Pecah di Bandar Ramai-Ramai Siap Diperbaiki Hasil Tindakan Alex Wong

Oleh Mus Fardil

SANDAKAN – Paip air utama pecah di hadapan deretan kedai Blok E, Bandar Ramai-Ramai baru-baru ini, menyebabkan air melimpah ke jalan dan membanjiri beberapa premis perniagaan.

Beberapa kedai mengalami kerosakan barangan dagangan selepas air bertakung di hadapan premis akibat kebocoran paip berkenaan.


Masalah itu telah berjaya dibaiki selepas aduan dikemukakan kepada pihak berkenaan dengan tindakan susulan oleh Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sandakan, Alex TK Wong (黄俊奇), yang turun padang memastikan kerja pembaikan dilaksanakan segera.


Tindakan pantas ini telah mengembalikan keadaan seperti sediakala dan membantu mengelakkan kerugian lanjut kepada peniaga di kawasan tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'