Pemandu Bas Tung Ma Dituduh Bertindak Biadap di Terminal KK Sentral



Kota Kinabalu - Seorang pemandu bas syarikat Tung Ma didakwa bertindak kasar terhadap penumpang di Terminal Bas KK Sentral pada petang Jumaat, 8 November 2025.

Menurut laporan daripada seorang penumpang, kejadian berlaku lebih kurang jam 2.30 hingga 2.35 petang apabila bas dengan nombor pendaftaran SU 8088 B dari laluan KK-KGU tiba lewat dua minit dari jadual. Pemandu tersebut dikatakan menengking dan memarahi penumpang bersama dua orang anak kecil kerana kelewatan berkenaan.

Penumpang tersebut menjelaskan bahawa kelewatan berlaku kerana kesilapan lokasi menunggu, namun pemandu itu tetap memarahi mereka dengan kata-kata seperti: “Kamu siapa mau ditunggu? Kamu ingat kamu sahaja yang ditunggu?”

Untuk mengelakkan insiden menjadi lebih buruk, penumpang memutuskan untuk keluar dari bas. Berdasarkan maklumat daripada penumpang lain dan pekerja terminal, kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku terhadap pemandu berkenaan.

Pihak penumpang memohon agar pengurusan Tung Ma membuat siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang kepada penumpang lain

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Bekas Staf Menang Kes Mahkamah Terhadap Syarikat AJ Production

“Bukan Baru Timbul” Alex Wong Tegaskan Sudah Lama Berkhidmat di Karamunting