Perjuangan Belum Tamat, Vivian Sasar Mandat Negeri Demi Kemajuan Sandakan
Oleh Mus Fardil
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, memilih untuk bertanding di DUN pada PRU ke-17 Sabah sebagai kesinambungan perjuangannya untuk rakyat Sandakan. Apa yang beliau lakukan sejak hari pertama menjadi Ahli Parlimen adalah memperjuangkan kebaikan Sandakan dan tidak pernah berputus asa untuk bersuara demi rakyat.
“Dari hari pertama saya jadi Ahli Parlimen, saya tidak pernah berputus asa memperjuangkan yang terbaik untuk Sandakan. Tapi kuasa muktamad untuk banyak perkara, termasuk infrastruktur, terletak pada kerajaan negeri Sabah,” katanya.
Antara manifesto paling penting yang mahu beliau fokuskan ialah masalah jalan raya berlubang di Sandakan, isu yang sering menjadi perhatian dan rungutan penduduk.
“Saya tidak mahu lagi Sandakan diketawakan kerana jalan berlubang. Matlamat saya belum selesai. Saya mau push kerajaan negeri untuk bertindak,” tambahnya.
Vivian menolak sentimen negatif yang cuba menggambarkan beliau bukan anak jati Sabah. “Saya tinggal di Sandakan, saya dilahirkan di Sandakan. Saya 100% anak Sabah,” tegasnya.
Perjuangan Vivian kini memasuki fasa yang lebih besar, memastikan suara rakyat Sandakan didengar dan mendapat pelaksanaan sebenar di peringkat negeri.
Ulasan
Catat Ulasan