Shafie Apdal Terima Penyertaan 155 Belia Sim-Sim ke Dalam Parti Warisan

Oleh Mus Fardil Abdullah

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini menerima penyertaan 155 belia dari Kampung Sim-Sim dalam satu majlis makan tengah hari yang diadakan di restoran Sandokan, di sini tengah hari tadi.

Dalam ucapannya, Shafie berkata penyertaan golongan muda itu akan mewarnakan lagi perjuangan Warisan di Sandakan serta mengukuhkan semangat parti di peringkat akar umbi.

Majlis tersebut turut dihadiri ketua-ketua bahagian Warisan di Sandakan, menandakan sokongan padu terhadap penglibatan generasi muda dalam memperkukuh hala tuju parti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'