Tang Szu Ching Zahirkan Rasa Hiba, Sampaikan Takziah kepada Keluarga Mangsa Tragedi di Kg Sim-Sim
Oleh Mus Fardil
Sandakan — Calon Pakatan Harapan bagi N.56 Tanjong Papat, Tang Szu Ching, atau lebih mesra dikenali sebagai Ah Cing, meluahkan rasa hiba selepas menerima berita menyayat hati mengenai seorang penduduk di Rumah Murah Kg Sim-Sim yang terjatuh dari bangunan dan meninggal dunia ketika beliau sedang berkempen kelmarin.
Sebaik dimaklumkan tentang kejadian itu, Ah Cing bergegas ke lokasi bagi menzahirkan solidariti dan memberikan sokongan moral kepada keluarga mendiang serta jiran-jiran yang masih terkejut dengan tragedi tersebut. Beliau berkata pada saat-saat sebegini, kehadiran dan perhatian komuniti lebih bermakna daripada apa-apa ucapan.
Menurutnya, melihat kesedihan keluarga mendiang benar-benar menyentuh hatinya. Beliau mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan sedikit ketenangan untuk melalui tempoh kehilangan ini.
Ulasan
Catat Ulasan