Tiga Anak Muda 26 Tahun Iringi Calvin Chong Pada Hari Penamaan Calon PRN Sabah

Oleh Mus Fardil Abdullah

Sandakan, 15 Nov – Komitmen Parti Warisan dalam memupuk kepimpinan pelapis terserlah hari ini apabila tiga anak muda dengan purata umur 26 tahun tampil sebagai pencadang, penyokong dan wakil mengiringi calon N.55 Elopura, Calvin Chong, ke Dewan Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Kehadiran trio belia itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya mencerminkan keyakinan generasi muda terhadap hala tuju politik Warisan serta kepercayaan mereka terhadap peranan golongan belia sebagai penggerak masa depan negeri.

“Ia bukan sekadar angka. Sokongan anak muda adalah tenaga perubahan. Apabila orang muda bangkit, masa depan negeri turut berubah,” kata Calvin Chong ketika ditemui selepas proses penamaan calon.

Warisan sebelum ini konsisten memberi ruang kepada generasi muda untuk tampil ke hadapan melalui platform inklusif yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan, mencorakkan idea baharu dan membawa aspirasi masyarakat ke peringkat pembuat dasar.

Menurut Warisan, masa depan Sabah bergantung pada keberanian, idealisme dan semangat anak muda, dan kehadiran mereka hari ini menjadi bukti bahawa generasi baharu bersedia memikul tanggungjawab besar dalam landskap politik negeri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'