Tingkat Keselesaan Pembelajaran: Tadika Pei Ying Terima Sumbangan Penghawa Dingin

    Oleh Mus Fardil

Sandakan, 7 November 2025 – Tadika Pei Ying yang terletak di Jalan Cecily menerima sumbangan sebuah unit penghawa dingin daripada Encik Alex Wong, Timbalan Ketua Bahagian Warisan Sandakan, bersama Encik Alex Thien. Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan pada jam 11.30 pagi di Tadika Pei Ying, dengan kehadiran para guru, murid serta wakil komuniti setempat.


Menurut Encik Alex Wong, “Kami berbesar hati dapat menyumbangkan sebuah penghawa dingin kepada Tadika Pei Ying. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi lebih keselesaan kepada para murid dan guru dalam suasana pembelajaran harian. Terima kasih kepada pihak tadika atas peluang untuk kami menyumbang dan menyokong perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUA MANGSA CEDERA SELEPAS KENDERAAN TERJUNAM DI TOKONG PUU JIH SHY SANDAKAN

JHEAINS Tinjau Dakwaan Pengebumian Bukan Islam di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah

Jual ikan buruk, alasan 'sebab murah'